PAS
terus bertegas untuk tidak memberi laluan kepada mana-mana parti yang
mahu meminta kerusi mereka untuk bertanding di Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) akan datang, demikian kata Naib Presiden PAS Datuk Iskandar
Abdul Samad.
Ujarnya,
parti itu menyambut baik prinsip lawan satu untuk berdepan dengan
Barisan Nasional (BN), namun tidak mahu parti lain 'mengacau' kerusi
tradisi yang mereka tandingi sebelum ini.
"Kita (PAS) belum lagi di tahap untuk mengadakan perbincangan dengan Amanah tapi daripada segi, satu lawan satu kita tidak ada masalah. Tapi janganlah kacau kerusi PAS dan PAS tidak akan kacau kerusi orang lain.
"Kita (PAS) bertindak tegas bahawa kita tidak akan melepaskan mana-mana kerusi kita kepada BERSATU dan juga kepada PAN (Amanah)," katanya kepada Antarapos.
Malah beliau mengingatkan PAN untuk tidak berebut kerusi dengan parti itu kerana mereka telah pun merampas empat kerusi PAS. Antara kerusi itu adalah Hulu Klang, Kota Raja, Shah Alam dan Sepang.
6 orang berkata:
Jika nak bersatu dengan cara satu lawan satu, kenalah beralah sedikit. Macam org baru nikah. Takkan isteri di suruh tidur atas lantai.. Mu fikir la sendiri. Klu tak mahu beralah, kiamat 10 kali, BN tetap memerintah
Jika nak bersatu dengan cara satu lawan satu, kenalah beralah sedikit. Macam org baru nikah. Takkan isteri di suruh tidur atas lantai.. Mu fikir la sendiri. Klu tak mahu beralah, kiamat 10 kali, BN tetap memerintah
Bubar jer PAN.
Bubar jer PAN.
PAN ada atau tidak kekuatan DAP dan PKR tetap sama..
Android TV Box MXQ Amlogic S805
TV Box MXQ Amlogic S805
Android Box MXQ Amlogic S805
Box MXQ Amlogic S805
Post a Comment