Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIKAITKAN DENGAN WAHABI ?


Isu Ibn Taimiyah timbul kerana tak faham maksud sebenar
Ahmad Jailani Abdul Ghani
Ahmad Jailani Abdul Ghani

KUALA LUMPUR - Salah faham yang berlaku dalam fahaman Ibn Taimiyah adalah ketidakmampuan golongan tertentu untuk faham sesuatu perkara.

Penceramah bebas, Ahmad Jailani Abdul Ghani berkata, semua pihak sepatutnya membaca dan memahami terlebih dahulu fatwa Ibj Taimiyah sebelum mengeluarkan pendapat terhadap isu tersebut.

‎"Sebelum kritik orang lain, kita kena faham dulu apa yang orang kata. Kalau kita nak kritik Ibn Taimiyah kena baca dan faham fatwa beliau.

‎"Pastikan kita faham dengan cara yang betul," ujarnya  menerusi Forum Salah Faham Fatwa Ibn Taimiyah: Satu Penjelasan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di sini, malam tadi.

‎Beliau berkata, semua pihak sepatutnya menafsir dan mengkaji terlebih dahulu setiap fatwa yang dikeluarkan Ibn Taimiyah.

‎Langkah tersebut dikatakan boleh mengelakkan salah faham masyarakat terhadap fahaman yang dikeluarkan ulama tersebut.

‎"Ada yang mendakwa Ibn Taimiyah larang ziarah makan Rasulullah s.a.w.

‎"Ibn Taimiyah tidak pernah melarang sebaliknya niat kita membaca larangan dengan perasaan kemarahan dan kebencian menyebabkan ia terpesong," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.