Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MANYAK CILAKAK, LU MANA MAU LALI ?


Rasuah: Bapa Adun DAP dicari bantu siasatan
SPRM
SPRM

GEORGETOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan bapa kepada Adun DAP Pulau Pinang untuk memberi kerjasama dalam siasatan terhadap urusan didakwa sebagai 'rasuah untuk rumah' bagi mendapatkan rumah mampu milik.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abd Aziz Aban berkata, pihaknya sedang berusaha menjejaki Lim Kiat Seong, 68, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tersebut.

"Kita cuba dapatkan beliau untuk memberi kerjasama hari ini. Tetapi beliau gagal dihubungi, malah beliau juga tiada di rumah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini SPRM telah mengambil keterangan enam individu yang dipercayai terlibat dalam urusan seperti didakwa itu, dan siasatan masih berjalan.

"Siasatan berhubung dakwaan itu dimulakan semalam dan lima lelaki dalam rakaman video termasuk seorang lagi individu yang dipercayai ada kaitan dengan urusan seperti didakwa itu, telah dipanggil untuk memberi keterangan," katanya.

Semalam, Abd Aziz mengesahkan SPRM telah memulakan penyiasatan terhadap urusan 'rasuah untuk rumah' bagi mendapatkan rumah mampu milik itu, yang didakwa melibatkan bapa seorang Adun Pulau Pinang.

Beliau berkata, penyiasatan akan mengambil masa dan pihaknya sedang mengesan mereka yang didakwa menjadi mangsa untuk membantu siasatan.


"Kami akan teruskan siasatan berhubung dakwaan itu dan berharap orang ramai khususnya mangsa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara itu supaya tampil untuk membuat laporan bagi membantu siasatan," katanya.

Isu berkenaan terbongkar Isnin lepas, apabila Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang memaparkan rakaman perbincangan mengenai pembayaran untuk mendapatkan rumah kerajaan negeri itu.

Toh Keong berkata, isi kandungan perbualan dalam video itu menunjukkan ia dirakamkan tahun lepas, dan bapa Adun berkenaan dilihat bersama-sama seorang orang tengah sedang melayan aduan daripada seseorang yang dipercayai telah membuat pembayaran, namun tidak mendapat rumah tersebut. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.