Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

20 Mac, 2012

Umno Terdesak, Arah Padam Lampu Jalan Untuk Ganggu Ceramah Bob Lokman

Umno terdesak!! Itulah perkataan yang paling sesuai menggambarkan kejadian malam tadi di ceramah Bob Lokman dan pimpinan Pakatan Rakyat. Pada asalnya ceramah Bob Lokman yang sepatutnya diadakan di Taman Puncak, Bukit Katil namun oleh kerana gangguan dari Umno terpaksa di alih dari lokasi asal. 
Sahabat Addin memberitahu, selain mendirikan khemah ceramah yang terlalu hampir dikatakan Umno mengarahkan kontraktor TNB untuk memadamkan lampu jalan di sekitar ceramah.

Mungkin ekoran daripada itu, ceramah Bob Lokman dan pimpinan Pakatan Rakyat di pindahkan ke Taman Saujana.
Namun setelah keputusan di buat untuk berpindah ke Taman Saujana, Umno pun angkut peralatan ceramahnya dengan lori mengekori sama. Betapa busuk hati puak-puak pencacai Umno nih.. 
Di zaman yang serba moden nih, masih ada lagi spesis manusia sakai seperti Umno nih. Addin cukup-cukup berbulu dengan kelakuan Umno dan pencacai-pencacainya malam tadi. Hendak di luku kepala depa nih..
Setelah ceramah Pakatan Rakyat bermula, Umno pun turut sama dengan ceramah ala sakainya. Dengan sound system yang begitu kuat mengganggu ceramah Pakatan Rakyat yang disertai oleh Bob Lokman sehingga ke penghujungnya. 
Namun, penceramah-penceramah dari Pakatan Rakyat cukup cool dengan tidak melayan segala salak-salakan provokasi dari penceramah pencacai Umno.
Tapi kekadang Addin terfikir jugak, mungkin ada hikmahnya Allah SWT beri kejadian nih berlaku. Sebenarnya ia memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk menarik golongan yang atas pagar.. 
Mereka pasti meluat dengan gelagat sakai Umno sejak kebelakangan nih yang selalu mengacau ceramah anjuran Pakatan Rakyat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.