Tuesday, March 20, 2012
Nallakaruppan Dan Utusan Bakal Kena Saman RM100 Juta Anwar Ibrahim!
Setelah semalam mencabar Ketua Pembangkang supaya menyamannya kununnya bagi mendedahkan "tembelang" Anwar, hari ini cabaran tersebut bersahut!
Hendak sangat dapat jadi calon jika memfitnah Anwar, bekas rakan tenis semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri antara 1991-1998, Nallakaruppan dan Utusan Meloya bakal disaman RM100 juta sekiranya artikel yang disiarkan hari ini tidak ditarik balik!
Persoalannya, mengapa baru sekarang Nalla hendak "mendedahkan" salah laku seks Anwar dan bukannya semasa perbicaraan fitnah liwat 1 dan 2 dulu??
Arahan khusus dan terdesak Najib Altanuya???
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan satu saman pemula terhadap Utusan Malaysia dan Nallakaruppan bagi menuntut penarikan semula artikel oleh editor, permohonan maaf, kerosakan dan ganti rugi berjumlah RM100 juta.
Ia susulan berita muka depan Utusan Malaysia hari ini yang memuatkan kenyataan fitnah Nallakaruppan berkenaan kecenderungan seks Ketua Umum KEADILAN itu.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam kenyataan medianya berkata tuduhan Nallakaruppan itu adalah palsu dan ia bermotifkan politik untuk meburuk-burukkan Ketua Pembangkang itu.
Katanya lagi, pembohongan, politik keji dan perkauman tidak wajar mendapat tempat dalam etika kewartawanan Malaysia.
"Tuduhan Nallakaruppan benar-benar palsu, bermotif politik melalui kewartawan yang keji. Pemberitaan yang tidak jujur, tidak adil tentang hal politik adalah perkara biasa kepada media cetak dan elektronik kawalan Umno-BN.
Menurutnya lagi, tindakan itu diambil bagi memastikan media lebih bertanggungjawab dalam melaporkan perkara-perkara yang berkaitan politik.
"Anwar mengambil tindakan demikian untuk kepentingan rakyat bagi memastikan media yang adil dan jujur melaporkan hal-hal berkepentingan politik," katanya.
Beliau juga percaya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno, perlu bertanggungjwab di atas laporan tidak bertanggungjawab akhbar yang mempunyai hubungan rapat dengan Umno itu.
"Najib Razak bertanggungjawab atas serangan keji yang dilakukan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia terhadap Anwar Ibrahim.
"Ketika berdalih dari menyahut cabaran Anwar untuk berdebat tentang dasar dan ekonomi, Najib melakukan pembunuhan karektor terendah melalui Utusan Malaysia," tegasnya.

0 orang berkata:
Post a Comment