Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KATA MEMPERTAHANKAN RAJA !

March 20, 2012

Pas persoal Hasan Ali tidak hadir majlis santapan diraja


Oleh: RISWANDI RAZAK

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Rani Osman mempersoalkan ketidakhadiran Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada Majlis Santapan Diraja, semalam.

Menurutnya, Hasan perlu hadir dalam majlis tersebut sekiranya benar beliau mempunyai prinsip memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR).

Beliau menegaskan, Islam tidak mengajar sikap mementingkan satu kaum sahaja seperti yang mahu dibawa oleh Hasan menerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO), Jati.

“Hari ini (semalam) saya ingat mahu tujukan hujah ini kepadanya tetapi Gombak Setia tidak hadir, semalam majlis santapan diraja pun beliau tidak datang.

“Saya juga tidak setuju dengan konsep IMR yang dibawa oleh beliau, kerana Islam diturunkan untuk semua,” katanya pada sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), hari ini.Majlis Santapan Diraja diadakan di Hotel Concorde di sini, disertai oleh kesemua Adun Negeri Selangor.

Difahamkan, Hasan tidak hadir dalam majlis berkenaan kerana berpuasa dan beliau juga pulang awal dalam upacara pembukaan Sidang Dun Kali Kelima, pada sebelah pagi.

Beliau juga tidak hadir dalam sesi perbahasan yang bermula hari ini.

Setelah tiga bulan dipecat sebagai ahli Pas, Hasan tampil kali pertama pada Sidang Dun iaitu sebagai wakil bebas dan yakin tidak akan menghadapi masalah dengan situasi baru itu.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata, beliau akan meneruskan agenda IMR dalam perbahasan Sidang Dun, walaupun atas kapasiti Adun Bebas.

Menurutnya, beliau tidak mempunyai masalah berhadapan dengan Adun Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) dalam sesi perbahasan kali ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.