Thursday, August 15, 2013
Akhirnya Jantan Dayus Ini Serah Diri Juga
Published: Khamis Ogos 15, 2013 MYT 6:37:00 PM
Updated: Khamis Ogos 15, 2013 MYT 6:43:52 PM
Lelaki Belasah Isteri Dalam Lif Serah Diri Kepada Polis
Updated: Khamis Ogos 15, 2013 MYT 6:43:52 PM
Lelaki Belasah Isteri Dalam Lif Serah Diri Kepada Polis
Gambar ihsan dari Media Orang Kampung
GEORGETOWN: Lelaki
yang menjadi buruan polis selepas membelasah isteri dalam lif sebuah
hospital swasta di Bukit Mertajam, Isnin lalu menyerah diri di Ibu
Pejabat Polis Daerah Kuantan jam 4.45 petang Khamis.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata lelaki
berusia 36 tahun itu menyerah diri pada pukul 4.45 petang.
"Saya
dimaklumkan oleh IPD Kuantan, lelaki yang dikehendaki polis Pulau
Pinang bagi membantu siasatan berhubung rakaman CCTV yang membelasah
isterinya telah menyerah diri di sana.
"Kita
akan bawa lelaki itu balik ke Pulau Pinang bagi mendapatkan perintah
reman untuk siasatan berhubung kejadian itu," katanya ketika dihubungi.
Beliau
berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis
percaya dengan penahanan lelaki itu, ia dapat menyelesaikan kes
berkenaan dalam tempoh terdekat.
Rakaman
CCTV yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam laman Facebook
dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga
kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh,
menampar dan menendang mangsa beberapa kali.
Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.
Sementara itu, beberapa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini melawat mangsa di rumahnya di Mengkuang.



0 orang berkata:
Post a Comment