18 August 2013
AS-SISI LEBIH ZALIM DARI BINATANG BUAS .....PERGI JAHANAM KAU WAHAI LAKNATULLAH
1. Bukan semua orang yang ditembak itu pengikut Ikhwanul Muslimin. Penembak ini seolah-olah bukan lagi manusia
2. Saya memohon kepada semua agar tidak meredhai kezaliman ini
3. Saya juga memohon
–sebagai salah seorang anggota majlis ulama di Al Azhar-mereka yang
telah mengambil perjanjian dengan Allah bahawa kita tidak boleh
menyembunyikan ilmu
4. Saya memohon kepada
semua ulama Mesir terutama sekali kepada Syeikhul Azhar hendaklah
menyatakan sebagaimana pernyataan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
bahawa “darah seorang muslim lebih suci daripada Kaabah”
5. Saya memohon kepada
ulama seluruh dunia di Arab Saudi, negara-negara Teluk, Syam, Iraq,
Pakistan, India, Malaysia, Indonesia, Maghribi, Benua Afrika, Wahai
hamba Allah! dengarlah…ribuan cedera dan ratusan terbunuh, bukan
berperang dengan zionis yang menceroboh tanah suci tapi membedil rakyat
yang tidak bersenjata.
6. Kita tidak pernah
menyaksikan peristiwa sebegini meskipun di zaman diktator tegar Presiden
Jamal Abdul Nasir. Beliau tidak membedil penunjuk perasaan yang
menentangnya pada tahun 1967
7. Di mana perginya
suara-suara hak-hak asasi manusia di dalam dan di luar negara? Bukankah
mereka adalah manusia yang telah ditumpahkan darahnya? Di mana perginya
Dr.Mohamed Baradie yang mengatakan bahawa Dr.Morsi telah hilang
kemuliaannya ketika seorang rakyat Mesir terbunuh pada zaman
pentadbirannya?
0 orang berkata:
Post a Comment