19 Ogos 2013
Mesir: Mahukah Najib ikut nasihat Bung, Khairy
Harakahdaily/-
KUALA LUMPUR: Mungkin agak mustahil bagi Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mendegar desakan pemimpin Pakatan
Rakyat agar memanggil Sidang Khas Parlimen berhubung isu Mesir.
Terbaru, biarpun agak
lambat sedikit dari Pakatan Rakyat, desakan serupa mula kedengaran dari
pemimpin dan ahli parlimen BN sendiri dan terbaru oleh Ahli Parlimen
Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin.
Bung Mokhtar seperti dilaporkan sebuah akhbar versi online mendesak, ianya segera diadakan kerana agak terlambat jika menunggu persidangan Parlimen akan datang yang hanya akan bersidang 23 September depan.
"Sehari suntuk memadai bagi membincangkan perkara ini," katanya.
Sebelum ini, sejak berlaku insiden pembunuhan beramai-ramai yang menyaksikan lebih 2,500 terbunuh di Medan Raba'ah 14 Ogos lalu, pemimpin Pakatan Rakyat dengan nada tegas mengutuk kekejaman itu.

Mereka turut mendesak Najib selaku ketua parlimen Malaysia segera memanggil sidang khas parlimen bagi membincangkan kemelut itu.
Desakan itu sebelum ini dilontarkan Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar dan turut disokong Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Pakatan Rakyat juga menyatakan kesediaan memberi sokongan kepada usul mengutuk kekejaman itu jika dibawa oleh kerajaan pada persidangan khas itu.
Namun, sehingga hari ini, kenyataan-kenyataan Najib tentang insiden itu dilihat bayak pihak sebagai lemah dan tidak menggambarkan pendirian dalam isu tersebut.
Pandangan itu turut disahkan Bung Mokhtar bahawa Malaysia perlu menyatakan pandangan lebih tegas, meskipun sebelum ini telah menyatakan pendirian menolak keganasan oleh kerajaan sementara Mesir.
Namun persoalannya kini tetap serupa, apakah Najib sedia mendengar desakan-desakan ini.
Selain Bung Mokhtar, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga sebelum ini tegas menyatakan pendirian mengutuk keras keganasan yang dilakukan pihak berkuasa terhadap masyarakat awam di sana.
Ahli Parlimen Rembau itu dalam satu kenyataan kelmarin berkata, kekecohan di negara itu adalah akibat rampasan kuasa yang dilakukan pihak ketenteraan terhadap pemerintahan Morsi yang dipilih sebagai Presiden melalui proses pilihan raya yang sah.
"Apabila pihak tertentu melanggar prinsip demokrasi dengan menggulingkan Mursi, itu secara jelas telah mengkhianati amanah rakyat," katanya.
Khairy dilihat satu-satunya pemimpin Umno setakat ini yang secara jelas mengiktiraf Morsi sebagai Presiden Mesir yang sah, dan menolak rampasan kuasa oleh pihak tentera.
Nada beliau cukup berbeza dengan pemimpin Umno lain termasuk Najib sendiri.
Kini rakyat sedang menunggu apa pula sikap Najib selepas ahli parlimen Umno sendiri melontarkan desakan serupa agar sidang khas parlimen segera diadakan.
Dalam Pada itu, PAS pada Sabtu lalu mengadakan Himpunan Munajat 100K, bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Mesir yang sedang berdepan dengan kezaliman tentera.
Himpunan yang berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur itu menyaksikan lebih 10 ribu umat Islam hadir mendoakan keselamatan rakyat Mesir.
Dalam program itu, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri mengepalai munajat membantah kekejaman tentera Mesir tersebut

0 orang berkata:
Post a Comment