AG perjelas kenapa dakwa Anwar Seksyen 377B
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan dan dihukum
penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya, didakwa
mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan berbanding Seksyen 377C bagi
kesalahan lebih berat.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, Kanun Keseksaan
memperuntukkan dua keadaan bagi seseorang boleh didakwa bagi meliwat;
Seksyen 377B yang menetapkan "dengan atau tanpa kebenaran" bukannya
intipati dan Seksyen 377C adalah perbuatan meliwat dilakukan tanpa
kebenaran atau paksaan terhadap orang lain.
"Ciri penting lain adalah hukuman iaitu undang-undang mengenakan
hukuman minimum lima tahun di bawah Seksyen 377C," katanya dalam satu
kenyataan.
Katanya, seksyen 337B tidak menetapkan tempoh penjara minimun.
Beliau berkata Pendakwa Raya memilih untuk mendakwa Anwar di bawah
Seksyen 337B berdasarkan budi bicara pihak pendakwaan seperti termaktub
dalam Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
"Pendakwa Raya menggunakan budi bicara itu dengan mengambil kira fakta
dan keadaan setiap kes dan pastinya bukan secara suka-suka," katanya.
Abdul Gani berkata, oleh itu, adalah tidak wajar bagi Presiden Majlis
Peguam Christopher Leong untuk menyatakan Ketua Pembangkang itu
sepatutnya lebih wajar didakwa mengikut Seksyen 377C.
"Dilihat seolah-olah Presiden Majlis Peguam mencadangkan supaya beliau
(Anwar) didakwa mengikut Seksyen 377C bagi kesalahan lebih berat dan
akan mendedahkan Anwar Ibrahim kepada hukuman penjara minimum lima tahun
dan maksimum 20 tahun," katanya.
Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan mengekalkan penghakiman Mahkamah
Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar bagi
kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah
unit kondominium di Bukit Damansara pada 2008.
Peguam Negara dalam kenyataan itu turut menjelaskan persepsi pihak
tertentu bahawa Anwar telah didakwa dan disabitkan bagi 'victimless
offence' atau 'kesalahan tanpa mangsa' yang jelas tidak disokong.
"Mohd Saiful Bukhari Azlan ialah individu yang menderita. Beliau telah memberikan keterangan bersumpah di dalam mahkamah berhubung perbuatan yang dialaminya untuk direkodkan," katanya.
"Mohd Saiful Bukhari Azlan ialah individu yang menderita. Beliau telah memberikan keterangan bersumpah di dalam mahkamah berhubung perbuatan yang dialaminya untuk direkodkan," katanya.
Berhubung kenapa Mohd Saiful tidak didakwa bagi bersubahat, Abdul Gani
menjelaskan kes itu sama seperti kes rasuah, iaitu dalam kebanyakan kes
rasuah, penerima didakwa manakala pemberi digunakan sebagai saksi
terhadap penerima.
Beliau turut menafikan Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang digunakan untuk mendakwa Anwar, jarang digunakan.
Katanya berdasarkan statistik Jabatan Peguam Negara dan polis,
sebanyak 171 kes telah didakwa mengikut seksyen itu dari 2010 hingga
1014, dengan 34 kes didakwa di bawahnya pada tahun lepas.
Sementara sebanyak 489 kes didakwa mengikut Seksyen 337C dalam tempoh lima tahun lepas.
Beliau berkata, Anwar telah diberikan hak untuk mendapat perbicaraan
adil dan diberikan semua peluang untuk melaksanakan hak perlembagaannya
di mahkamah sepanjang prosiding selama enam tahun setengah. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment