Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS DAN DAP TETIBA JADI BINGUNG ?

SORAK SORAI POLITIK PR, DAP DAN PAS MENJADI BINGUNG DENGAN TAWARAN KEPADA PKR  ?

Oleh Pak Karamu


PAS belum lagi buat apa-apa analisa tentang tawaran UMNO kepada PKR yang menawarkan TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN 4 MENTERI kepada PKR, DAP juga masih terkejut beruk tentang tawaran UMNO tersebut, lalu mereka bisu, mereka belum lagi membuat sebarang ulasan, yang mengeluarkan kenyataan tawaran tersebut adalah orang kuat PKR sendiri. Selama ini  apabila cakap-cakap politik yang mengatakan PAS akan mengadakan kerjasama politik dengan UMNO hanyalah cakap-cakap muslihat POLITIK untuk melindungi diri dari kebusukan perangai busuk mereka, maka atas nama UG maka gendang perang di palu, mangsa utamanya ialah tuan guru HAJI HADI dan rakan-rakannya TETIBA YANG MENDAPAT TAWARAN IALAH PKR,  itu sebab jika bangkai gajah jangan di tutup hanya dengan nyiru !

TERSENTAK juga orang-orang PAS mendengar berita tersebut, namun sikap kepimpinan  dan ahli PAS macam biasa sahaja kerana PAS memang lambat mahu bersuara untuk mengulas, alasan yang selalu diberikan ialah kerana BERHATI_HATI, takut nanti apabila membuat kenyataan sembrono dan tergesa-gesa akan mengundang padah dari komen-komen terbuka daripada orang ramai selain sikap yang tergesa-gesa itu adalah kerja Syaitan. Sebelum menjadi Syaitan eloklah menjadi manusia yang sabar, tapi jangan sampai dayus, akhirnya dengan bersikap sabar itu maka lahirlah cerita TAWARAN UMNO KEPADA PKR, iaitu timbalam perdana menteri dan 4 menteri, HEBAT CERITA POLITIK NI KAN ?

Dengan terburainya cerita tawaran daripada UMNO kepada PKR ini sekurang-kurangnya rakyat faham apa itu mainan POLITIK yang melanda di dalam negara. Selepas ini PKR boleh memulakan Rood Shaw di seluruh negara dengan menyatakan bahawa tawaran tersebut di tolak mentah-mentah kerana mungkin jawapannya adalah untuk BERPOLITIK juga iaitu "KAMI BUKAN PANDANG TAWARAN TERSEBUT (SEBELAH MATAPUN TAK PANDANG DENGAN TAWARAN-TAWARAN ) Sebab itu saudara Nuar sanggup masuk menjara daripada menerima tawaran, andainya tawaran di terima maka Nuar sudah tentu tidak melangkahkan kakinya di penjara Kajang

Dalam masa rakyat menghadapi kemelut mainan politik negara licik maka PKR mesti melakukan sesuatu untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap PKR khususnya dan kepada DAP umumnya, kerana atas dasar tawaran UMNO itu PKR tidak akan meninggalkan kawan-kawannya sekalipun PKR terpaksa membayar dengan harga yang sangat mahal iaitu merelakan dirinya di penjarakan hanya kerana BERILTIZAM DI DALAM BERPOLITIK DI DALAM PR, namun kita tidak tahu apakah yang akan terjadi jika UMNO menawarka perjawatan yang lebih lunak kepada PKR untuk sama-sama berkuasa ?

Di dalam mainan politik negara, yang nyata menderita ialah PAS. PAS yang banyak menghadapi resiko hasil bekerjasama dengan rakan-rakannya di dalam PR. PAS mungkin berpecah belah hasil mainan percaturan POLITIK licik, sehinggakan dasar perjuangannyapun turut di jentik dan di ganggu dengan mengemukakan berbagai-bagai alasan dan konon-kononnya, PAS sehingga muta akhir ini masih boleh bertahan sekalipun banyak duri di dalam parti tersebut, namun PAS sebenarnya tidak boleh berkhayal dengan kesabaran bodoh, PAS perlu membersihkan dirinya dari sebarang onak dan duri di dalam parti itu yang sekian hari sekian mencucuk sebelum menghadapi penyakit yang tidak sebarang tanggung

Di dalam percaturan politik di dalam PR, PKR dan DAP kelihatan sesuai berganding bahu untuk meneruskan perjuangann dan cita-citaya, kerana dasar parti itu bukan bikinan Tuhan seperti PAS, sebab itu kita lihat kedua-dua parti itu macam satu irama dan lagu tidak dapat di pisahkan, semenraea dasar PAS adalah dasar Tuhan yang tidak boleh sama sekali di percaturkan, demikian juga PAS dengan UMNO. sama sekali tidak sama walaupun mereka sama-sama beribadat di bawah satu bumbung. Apa yang kita dan rakyat perlu faham ialah di antara UMNO dan PKR mereka adalah sesuai bersatu kerana kelahiran PKR adalah dari darah daging yang sama di dalam soal dasar dan perjuangan, sebab itu ada tawaran jawatan yang kelihatan yang agak menarik

Ramai yang tidak tahu tentang tawaran UMNO kepada PKR sebab mereka berurusan secara belakang-belakang, mereka tidak berasa canggung jika berurusan, kerana bau peluh mereka yang masih lagi sama, persoalannya terinayakah DAP dengan tawan UMNO kepada PKR dan terinaya pulakah PAS dengan tawaran UMNO kepada PKR tersebut ? Sebenarnya jika kita lihat pada dasar PAS yang ada maka PAS tidak mungkin terinaya  dengan mainan POLITIK kawan-kawannya kerana himpitan POLITIK kawan-kawan biasanya akan  di rujuk kepada halal dan haramnya kerjasama itu, kerana itu kita dapati pandangan PAS agak berlainan dengan pandangan kawan-kawannya, lalu PAS di herdik dan di serang semata-mata kerana mempertahan dasarnya

Apa yang PAS perlu lakukan sekarang ialah memperbetulkan minda pimpinannya supaya selari dengan ketegasan dasarnya, BUANG mana-mana duri yang mencucuk dagingnya sebelum merebak menjadi darah dan nanah, di dalam islam tidak ada haraki di dalam haraki, melainkan lujnah-lujnah, jika ada terdapat sedemikian rupa maka mereka itu semuanya VIRUS yang perlu di buang dan di tanam, jangan biarkan mereka membiak di dalam pemikiran ahli yang kurang faham tentang dasar, sebab itulah setiap ahli PAS mereka perlu faham bahawa mereka menyertai PAS bukan kerana pimpinannya akan tetapi kerana DASARNYA




0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.