Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIDAK AKAN ADA KERAJAAN PERPADUAN

UG: Salehuddin Mahu Bawa Isu Kenyataan Nasharuddin Ke Mesyuarat AJK PAS Pusat


Tindakan atas bekas timbalan presiden PAS jika timbulkan kekeliruan, kata Salahudin

Kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang membayangkan masih wujud usaha mengadakan kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat awal bulan depan.

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, beliau sendiri akan membawa perkara ini dalam mesyuarat itu untuk diambil keputusan bersama.

"Jika dipersetujui mesyuarat, kita boleh mengambil tindakan ke atas beliau jika didapati ia boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli," kata Salahudin kepada The Malaysian Insider.

Salahudin mengulas kenyataan Nasharudin melalui sebuah stesen TV swasta tentang wujudnya cadangan kerjasama antara PAS dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Nasharudin membuat ulasan tersebut susulan kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang selama ini dianggap penghalang utama kerajaan perpaduan antara dua parti politik terbesar Melayu di negara ini.


Salahudin juga menafikan dakwaan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kononnya kerajaan perpaduan Umno-PAS lebih mudah direalisasikan dengan ketiadaan Nik Aziz.

"Kami pimpinan PAS memberi jaminan tidak akan ada kerjasama antara PAS dan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan sebagaimana yang didakwa itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi sebelum ini berkata, ketiadaan Nik Aziz akan memudahkan laluan penyokong kerajaan perpaduan dalam PAS bergabung dengan Umno.

Katanya, perkara itu semakin mula menunjukkan tanda dapat direalisasikan sejak Nik Aziz dalam keadaan uzur apabila perkembangan politik PAS dilihat sedikit beralih angin.

"Segala kemungkinan boleh berlaku dan Umno saya lihat sedang atur strategi untuk pecah-belahkan PR dengan peristiwa banjir (di pantai timur).

"Hubungan mesra itu nampaknya cuba diambil kesempatan oleh Umno dan sebilangan pemimpin PAS yang agak mesra dengan Umno.

"Setakat ini kita lihat kemungkinan ini boleh berlaku," kata Phahrolrazi pada satu sidang media di Shah Alam, Isnin lalu.

Salahudin menolak sama sekali pandangan Phahrolrazi itu.

“Saya ingin mempertegaskan yang keputusan muktamar dan pendirian parti masih utuh untuk bersama Pakatan Rakyat (PR) dan tidak sekali-kali bercadang mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno,” kata Salahudin.

Katanya, tidak mungkin sama sekali PAS akan bersama Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

"Saya minta semua pihak, termasuk PasMa, jangan terpengaruh dengan dakyah Nasharudin yang cuba mewujudkan suasana tidak baik dalam PAS.

“Kami akan bersama mempertegaskan komitmen muktamar untuk kekal bersama dengan PR,” kata Salahudin.

Nasharudin merupakan bekas timbalan presiden PAS yang gagal mempertahankan jawatannya dalam muktamar PAS tahun 2011.

Beliau kalah di tangan Mohamad Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam pertandingan tiga penjuru.

Jawatan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS dilucutkan ekoran beberapa tindakan dan kenyataan beliau yang dianggap merugikan PAS.

Namun begitu, beliau kekal sebagai ahli PAS walaupun membuat beberapa kenyataan negatif terhadap parti itu termasuk dilihat mengekori Presiden Umno ke beberapa tempat termasuk ke negara Arab. -TMI

ULASAN GB

GB sudah ulas isu ini di dalam entri: [VIDEO] Terbongkar: Projek UG Itu Memang Wujud Tanpa Pengetahuan & Restu TGNA

Petikan:


Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan berjalan dan hal yang benar itu tersingkap juga..

Isu UG yang dinafikan oleh sesetengah kelompok di dalam PAS akhirnya kini diakui tentang kewujudannya oleh bekas Timbalan presiden PAS dan bekas ahli MSU sendiri, Nasharuddin Mat Isa.

Kerjasama Pas dengan Umno (UG) itu digerak sendiri oleh Majlis Syura Ulamak (MSU). Nasharuddin yang bertindak sebagai mediator mengadakan pertemuan dan rundingan atas arahan MSU dan ia berlaku di luar pengetahuan TG Nik Aziz Nik Mat.

Lihatlah betapa jahatnya MSU yang bertindak membelakangi Mursyidul Am PAS sendiri, malah membelakangi resolusi-resolusi muktamar PAS yang berkali-kali memutuskan untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

Itu sebab GB dah cadangkan sebelum ini, MSU perlu dirombak dan keanggotaannya disemak semula supaya ia benar-benar berintegriti dan dihormati sebagai badan tertinggi di dalam parti.

Ini kerana terdapat unsur manipulasi golongan tertentu di dalam parti memperalatkan majlis berkenaan untuk tujuan-tujuan tertentu.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Anggota-anggota MSU yang berdosa itu bakal dihukum.

PAS perlu jujur dan ikhlas untuk bersama Pakatan Rakyat. Tanpa kejujuran dan keikhlasan, PAS jugalah yang akan ditimpa nasib malang dan tercicir di dalam perjalanan menuju ke Putrajaya. Jangan salahkan orang lain


1 orang berkata:

Anonymous said...

X de pas jgn mimpi la nak takluk putrajaya...pi melawat putrajaya boleh....nak duduk kerusi tingkat 4 tu....hanya mimpi ngeri....kalau boleh takluk pun berebut dgn dap....mcm2 dap kata kat pas...sampai hina hudud....yg ngaku islam dlm pkr dok nganga ja....gila kuasa....x takut langsung hukum allah swt.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.