Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SOLAT HAJAT, APA HAJAT DAN APA SLAHNYA ?


TAK LA SALAH APABILA PKR NAK BUAT SOLAT HAJAT, IA TIDAK MENYUSAHKAN SESIAPA, PKR YANG BERHAJAT, TUHAN YANG MEMAKBULKAN HAJAT TERSEBUT, RAKYAT TAK PERLU TAKUT DENGAN APA YANG PKR LAKUKAN,  YANG TAKUT MUNGKIN MEREKA ADA RAHSIA SESUATU YANG MUNGKIN BERJANGKIT KOT ! PKR BUKAN MENOLAK TAKDIR TAPI MEREKA MOHON PADA TUHAN SUPAYA TUHAN TUNJUKKAN KEADILAN TERHADAP SESEORANG YANG MUNGKIN DI INAYA, ATAU MUNGKIN PKR MAHU TUHAN TUNJUKKAN KEBENARAN ITU TIDAK MENGATASI KEBATILAN DAN MENTAKDIRKAN DENGAN TAKDIR YANG SEMPURNA - Pak Karamu

Tuesday, February 17, 2015

Kini polemik solat hajat kes Anwar pula

 
 
Isu sama ada solat hajat dapat mengubah nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi polemik baru sekitar pemenjaraan ketua umum PKR itu.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (bawah) hari ini turut menyentuh isu itu dengan berkata soal makbul atau tidak bukan kuasa manusia.

“Yang penting, di sebalik solat hajat itu adalah mahu meletakkan diri kita sebagai hamba di hadapan Allah,” katanya yang mengaitkan amalan itu dengan konsep merendah diri di hadapan Allah.

Exco pendidikan Selangor itu berkata “memaksa doa agar dimustajabkan dengan segera” tidak disukai Allah, seperti dinyatakan dalam sebuah hadis.

“Jadi, ia tidak sewajarnya dipandang hina.

"Ia bukan kerana tidak dimustajabkan, tetapi ia dilarang dalam hadis bergopoh untuk doa itu dimustajabkan,” katanya.

Seperti tolak takdir, kata MP

Ahli Parlimen Pulai sehari selepas Anwar didapati bersalah, menyifatkan rancangan PKR untuk mengadakan solat hajat setelah penghakiman dijatuhkan ke atas Anwar sebagai “menolak takdir”.

Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, solat hajat itu tidak akan mengubah nasib ketua pembangkang itu.

PKR sebelum ini mengajak orang ramai menyertai perhimpunan di hadapan Penjara Sungai Buloh setiap hari bagi menunjukkan setiakawan kepada Anwar.

Parti itu juga menganjurkan solat hajat pada Khamis malam di setiap cabang PKR di seluruh negara. 
  
Malaysiakini 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.