Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

[BONGKAR] Sirul Azhar: "Saya Cuma Buat Apa Yang Diarah..."


Sirul: Selepas Altantuya, inikah balasannya?

EKSKLUSIF Bekas anggota pasukan elit polis Sirul Azhar Umar kini sugul kerana dijatuhkan hukuman mati, hanya kerana mengikut arahan.

"Jika saya mati hari ini, saya tidak akan aman kerana saya cuma buat apa yang diarah dan ini balasannya yang saya dapat," katanya kepada Malaysiakini dalam satu perbualan telefon dari Australia.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bahawa kenyatana itu adalah pengakuan bersalah.

Sirul, yang disabitkan bersalah bersama seorang lagi komando polis Azilah Hadri, juga tidak berpuas hati dengan perjalanan kesannya.

Dia merasakan DSP Musa Safri, orang atasannya dan bekas pembantu (ADC) Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika menjadi timbalan perdana menteri, patut dipanggil menjadi saksi pihak pendakwaan.

'Hujah peguam saya kuat'

Mahkamah Rayuan pada 2013 membebaskan Azilah dan Sirul akibat salah arah serius Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Zaki Yasin, termasuk tidak memanggil Musa.

Bagaimanapun, kata Sirul, Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan rayuan pendakwaan, mengabaikan perkara itu.

"Mahkamah juga mengabaikan bukti DNA daripada kesan darah pada kasut yang diletakkan di dalam kereta saya dan sampel DNA saya sendiri.

"Mahkamah abaikan perkara ini walaupun terdapat penghujahan kuat oleh peguam saya," katanya.

Pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Peguam Cara Negara I Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berhujah bahawa Musa bukan saksi penting dalam perbicaraan itu dan tiada keperluan memanggilnya.

Peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican, pula berhujah bahawa tindakan itu telah bertukar perbicaraan silap.

Gerak hati kalah kes

Berhubung DNA, ahli kimia memberi keterangan bahawa terdapat kemungkinan DNA daripada kesan darah itu milik Altantuya, walaupun terdapat keraguan padanya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Sirul sekali lagi menegaskan bahawa beliau menjadi “kambing hitam” dalam kes itu.

Beliau juga mengaku tertekan dengan dakwaan penganalisis politik Abdul Razak Baginda (kiri) bahawa “polis jahat” bertanggungjawab membunuh Altantuya pada 2006.

Razak Baginda, rakan rapat Najib, didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Sementara itu, menceritakan keadaannya dalam tahanan pihak imigresen Australia di Sydney, Sirul berkata semuanya baik dan dia ditempatkan seorang diri dalam bilik yang mempunyai empat katil.

Ditanya kenapa beliau berlepas ke Australia sebelum keputusan mahkamah, dia berkata berdasarkan gerak hatinya, kes itu tidak akan menyebelahinya. -mk

LAPORAN SEBELUM INI

Sirul pertimbang bongkar kes Altantuya

Selepas ke Australia, bekas anggota polis elit Sirul Azhar Umar kini mempertimbangkan menjawab persoalan terbesar sekitar pembunuhan Altantuya Shaariibuu – apa yang berlaku pada wanita itu?

Bulan lalu Mahkamah Persekutuan menyabut Sirul dan seorang lagi bekas anggota pasukan elit tersebut, Azilah Hadri dengan kesalahan membunuh dan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-duanya.

Dalam perbualan telefon dengan Malaysiakini baru-baru ini, Sirul mendedahkan bahawa beberapa media Australia telah pun memohon sesi wawancara “terus terang” dengannya.

“Saya belum putuskan untuk ditemubual,” katanya.

Ditanya sama ada beliau sedia mendedahkan segala-galanya jika wawancara itu menjadi kenyataan, bekas anggota polis itu menjawab:

“Ya, saya pertimbangkan kemungkinan ini dengan serius.”

Difahamkan bahawa beberapa stesen televisyen telah berhubung dengan Sirul (atas), yang sedang ditahan pihak imigresen negara itu di Sydney.

Rundingan antara Sirul dan stesen TV masih berjalan.

'Bertindak atas arahan'

Sementara itu, Sirul memberitahu bahawa dia tidak kenal mangsa pembunuhan atau Abdul Razak Baginda – penganalisis politik dan rakan dekat Datuk Seri Najib Razak yang terlepas dalam kes itu.

“Saya bertindak atas arahan. Orang penting yang mempunyai motif masih bebas,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

“Ia bukan bermakna saya tidak sayangkan (pasukan) polis, tetapi saya bertindak atas arahan,” tegasnya.

Menjawab soalan, Sirul berkata keadaannya OK di pusat tahanan dan dia dibenarkan menggunakan telefon dan Internet.

“Saya biasanya baca Malaysiakini, Utusan (Malaysia) dan Harakah untuk ikuti perkembangan di kampung halaman,” katanya.

Dari jauh, duda 43 tahun itu bagaimanapun bimbangkan dua anak remajanya di Malaysia yang berhenti sekolah, akibat kesnya.

Kambing hitam

Bulan lepas, Sirul dan Azilah dijatuhi hukuman mati apabila didapati bersalah dalam kes tersebut di Mahkamah Persekutuan.

Terdapat beberapa persoalan di sebalik kes itu, termasuk motif pembunuhan itu yang masih misteri.

Najib, ketika masih timbalan perdana menteri, bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tiada kaitan dengan kes itu.

Bekas pembantunya, DSP Musa Safri, yang memberitahu Azilah untuk membantu Razak Baginda (kanan) pada malam pembunuhan itu, tidak dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Sirul mendakwa dia dijadikan kambing hitam untuk “melindungi rancangan mereka”.

Sirul tidak hadir di Mahkamah Persekutuan ketika keputusan disampaikan kerana berada di Australia.

Undang-undang Austalia tidak membenarkan ekstradisi individu yang berdepan hukuman mati ke negara asal
-mk


ULASAN GB

GB sudah ulas sebelum ini:

Persoalan "motif pembunuhan Altantuya" masih kekal misteri.

Siapa watak sebenarnya mengarahkan kedua-dua anggota polis berkenaan supaya bunuh Altantuya?

Mengapa saksi-saksi penting tidak dipanggil dan macamana Razak Baginda boleh dibenarkan lepas dan tingal di luarnegara sedangkan perbiraaan kes Altantuya yang melibatkan dirinya masa itu masih berjalan?

Kedua: Menjadi pengajaran kepada anggota polis yang lain dan mana-mana penjawat awam supaya TIDAK menjadi Pak Sanggup kepada mana-mana individu atau parti politik hatta menteri sekalipun kerana anda akan menanggung akibatnya di satu hari nanti. Itu hukum SUNATULLAH!


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.