• Haron Din
1 / 1
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini, menafikan bahawa Timbalan Mursyidul Am Pas,  Datuk Dr Haron Din jatuh tangga sehingga patah tulang pinggulnya.

Jelasnya, Haron Din hanya ‘jatuh biasa’ dan sudah mendapatkan rawatan.

“Datuk (Haron Din) sudah balik daripada mendapat rawatan, yang kata beliau patah tulang dan pinggul itu tidak betul, beliau sudah balik rumah,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Beliau menjawab sedemikian selepas ditanya mengenai kesahihan ‘maklumat’ yang tersebar di aplikasi Whatapps mengenai ‘tragedi’ yang kononnya menimpa Harun.

Whatapps itu dipetik berbunyi:  “Assalamualaikum sahabat sahabat, selepas kita mendapat perkhabaran sedih tentang pemergian tokoh ulama tersohor Tuan Guru Nik Aziz , saya baru mendapat perkhabaran berita sedih lagi.

“Dato Takiyudin bagitau Datuk Haron Din uzur sekarang ni..jatuh tangga..patah tulang pinggul...Doakan wahai sahabat sahabat (sangat besar ujian untuk ummat akhir zaman ini)......ya ALLAH  SWT, selamatkanlah ulama ulama, kami semua sayang ulama...."