Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGAPA KES INI TERUS DI PERKATAKAN ?

'Saya hanya bentang fakta kes'
  • Muhammad Shafee Abdullah
1 / 1
KELANA JAYA – Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang juga ketua pendakwa raya bagi kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak melanggar mana-mana etika guaman apabila memberikan kenyataan terbuka kepada media dan orang ramai selepas kes itu selesai.

Menurutnya, beliau hanya membentangkan dan menerangkan fakta kes tersebut kepada orang ramai.

“Malah saya pula kini sedang lakukan tugas yang sepatutnya dilakukan Majlis Peguam, iaitu mempertahankan badan kehakiman negara, sesuatu yang mereka gagal lakukan.

“Mereka kritik dan mempersendakan pula badan kehakiman. Saya rasa Majlis Peguam yang patut didakwa (kerana melanggar etika guaman),” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau ditemui selepas program Dialog Bersama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di sini, malam kelmarin. Dialog itu turut dihadiri Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Beberapa pihak sebelum ini mengkritik Muhammad Shafee selepas beliau memberikan temu ramah di media dan penerangan awam mengenai kes Anwar.

Beliau juga didakwa melanggar Akta Profesion Undang-Undang 1976 apabila dikatakan mencari publisiti bagi kemenangannya dalam kes itu.

“Mana ada publisiti? Isu publisiti hanya timbul jika saya membuat kenyataan memuji, maknanya mengiya-iyakan sangat (kemenangan dalam kes itu) tetapi bila masa saya buat begitu?

“Saya hanya menyampaikan fakta kes. Malah saya berikan banyak penghormatan kepada pendakwa raya sebelum ini yang melakukan kerja dengan sangat baik, kalau tidak kami tidak mampu (menang),” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Skrip dah siap sebab tu menang...kua..kua...kua.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.