Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS AKAN HANCUR, TABIK SAMA AMENO WORLD !

Geng Ulama VS Geng Progresif - Baru 5 Hari TGNA Meninggal, Geng PAS Sambung Bertekak Sesama Sendiri Lagi.

Ustaz-ustaz yang claim mereka pejuang Islam dan pecinta ulama dan pemimpin2 yang bajet progresif sekarang sedang bertekak. Pertengkaran mereka bukan demi rakyat, untuk rakyat atau kepada rakyat. Masing2 tengah kelam kabut bergaduh sesama sendiri demi jawatan, pangkat, kedudukan serta pengaruh bagi memudahkan mereka mencapai matlamat tersendiri.



Buktinya. Di saat rakyat tengah pening fikir macam mana nak balon SPAD yang terbukti kencing rakyat, depa plak sakan bergaduh isu yang dah lepas walaupun baru je beberapa hari kematian tuan guru Nik Aziz berlalu pergi.

Tadi. Di facebook. Ini yang aku baca ;

PERANCANGAN DR HATTA JATUHKAN PRESIDEN TGHH

Masihkah Anda Ingat

1. Masihkah anda ingat ...

Pada 18 Jun 2009, seramai 10 orang Ahli Parlimen PAS mengadakan satu Sidang Media Khas di Parlimen kononnya untuk berdiri teguh dibelakang Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagi "memalukan" Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang difitnah kononnya mahu membawa PAS masuk Barisan Nasional.

Antara 10 Ahli Parlimen itu ialah Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr Mariah, Dr Dzulkefli Ahmad, Kamarudin Jaafar, Dr Mujahid Rawa dan lain - lain. Mereka secara terbuka menolak gagasan Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi dan membawa fitnah kononnya Presiden PAS mahu bergabung dengan UMNO dengan gagasan yang dikemukakan iaitu Kerajaan Perpaduan (Unity Government) atau disebut sebagai Kerajaan Tanpa Pembangkang.

2. Masihkah anda ingat ...

Pada 7 Nov 2009, Mereka mengadakan Seminar Politik di Taman Melewar dengan membariskan Dr Abdul Aziz Bari dan Dr Abu Hassan Hasbullah untuk "memalukan" Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang dengan kritikan pedas secara terbuka terhadap Tuan Guru Presiden dihadapan ahli - ahli PAS. Presiden PAS seperti "dibicarakan" oleh mereka dihadapan ahli PAS sendiri. Mereka mendedahkan segala kelemahan Tuan Guru Presiden dengan menggunakan lidah ahli akademi kononnya dan ia dilakukan secara terbuka.

3. Masihkah anda Ingat ...

Sebahagian pimpinan PAS Pusat seperti Khalid Samad dan Hanipa Maidin memberi sokongan dan menerima baik Dr Abdul Aziz Bari dalam beberapa siri penulisan beliau "menghentam" Tuan Guru Presiden PAS kepada khalayak ramai, termasuk memuatkan artikel menghentam Presiden dan PAS dalam Harakah sedang Harakah adalah lidah rasmi parti telah dijadikan alat untuk menjatuhkan air muka Presiden parti sendiri.

4. Masihkah anda Ingat ...

Pada 30 Sept 2014, Seorang ahli PAS bernama Safwan Anang (AJK Jabatan Ketua Pemuda PAS Malaysia) dengan menggunakan nama Ngo LENSA menyerahkan memorundum di hadapan Pejabat Agong PAS lalu mengadakan sidang media secara terbuka mendesak supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana menganggap PAS menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat dan punca kepada perpecahan dalaman Pakatan Rakyat.

5. Masihkah anda Ingat ...

Pada 25 Jan 2015 , AJK PAS Pusat Hanipa Maidin mengeluarkan kenyataan terbuka di media menyanggahi kenyataan Tuan Guru Presiden PAS mengenai isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan menggunakan nama demokrasi untuk bebas menyanggah secara terbuka.

Nota :

Semua mereka dianggap hero. Sebahagian terus menang dan dipilih sebagai AJK PAS Pusat. Kononnya mereka penegak demokrasi. Berani dan pembawa idea bernas menuju pembentukan PAS Baru.

Malang apabila Ustaz Fadhli Ibrahim Ketua DPP Kawasan Kuantan tampil menyerahkan memorundum kepada Setiausaha Agong PAS Pusat bersama bukti yang kukuh disokong dokumen akuan bersumpah mengenai penglibatan Group Hawaii Five O yang turut dianggotai oleh Dr Hatta Ramli sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dalam melancarkan geraksaraf menjatuhkan sesama sendiri termasuklah ..

1. Dr Hatta bocorkan secara terperinci apa yang dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat.
2. Dr Hatta arahkan serang 4 exco dan bela dua ADUN yang melompat.
3. Dr Hatta arah sabotaj keputusan Presiden dan Majlis Shura.
4. Aiman Athirah minta lakukan serangan saraf kepada Istana Selangor.
5. Aiman Athirah arah buat kempen gantikan pemimpin PAS (Presiden).
6. Mazhar suruh lancarkan kempen jatuhkan Cikgu Pa.
7. Mazhar arah sebar semula video lucah yang cuba dikaitkan dengan Cikgu Pa.

Dan lain-lain lagi. Disebab ini SD, mereka yang nama didedahkan boleh saman.
Persoalan ...

Kenapa Ust Fadhli Ibrahim dianggap pesalah? dianggap memecahkan PAS sedang ia berusaha mahu menyingkirkan pengkhianatan dalam PAS. Kenapa tidak beri hak serupa kepada Ust Fadhli dalam mengemukakan memonya kepada pucuk pimpinan ?
Atau apakah kerana dakwaan Ust Fadhli itu terkena batang hidung mereka sendiri maka ia anggap salah ? Sementara tindakan dari group mereka untuk dihempaskan kepada Presiden parti dan PAS itu sendiri , maka ia adalah benar dan berlunaskan demokrasi?

Mokhtar bin Senik
Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang.

Rujukan : sini

----------------------------------

Hmm..

Masihkah anda ingat, rakyat mengundi PAS, PKR dan DAP bagi memastikan rejim zalim BN jatuh?

Masihkah anda ingat, rakyat menyokong PAS, PKR dan DAP bagi memastikan parti pembangkang itu menjadi check and balance kepada pentadbiran kerajaan Barisan Nasional?

Masihkah anda ingat, rakyat melihat PAS, PKR dan DAP 2 x 5 tiru perangai buruk pimpinan BN bila bertekak macam orang hilang akal menggunakan media alternatif?

Masihkah anda ingat, bagaimana rakyat kena kencing dalam cerita Kajang-Movie?

Masihkan anda ingat rakyat diheret bagai bola ke sana ke mari dalam setiap siri demo demi demo konon atas nama memperjuangkan masalah rakyat tapi rupanya propaganda politikus bagi membina sentimen dan mengumpul pengaruh?

Masihkah anda ingat bagaimana rakyat kena tipu kaw2 dengan parti politik PR apabila bercakap tentang proses ketelusan, keadilan dan kebebasan bersuara?

Masihkah anda ingat, betapa gagalnya parti bernama PR itu dalam mengutamakan masalah rakyat melebihi dari memperjuangkan kepentingan peribadi?

Kalau tak ingat, pakat-pakat ingat la. Dan pakat-pakat bubarkanla parti masing2 daripada bertengkar macam haru biru begini. PAS, PKR dan DAP. Bubar. PR pun bubar. Nanti ada la malaon lain wujudkan parti baru dan sembang kencang pukul gendang berceramah 1 Malaysia katanya nak lawan rejim zalim demi rakyat marhaen. Dan macam biasa rakyat marhaen kena tipu berkali2 dengan parti politik sampai mati sudahnya.

Macam mana anarki tak lahir.
Macam mana sosialis tak lahir.
Macam mana antifa tak lahir.
Macam mana non partisan tak lahir.

Tengokla perangai buruk partisan sendiri. Amek cermin, tengokla woi.

KAH KAH KAH

3 orang berkata:

Anonymous said...

Setuju benor artikel ni......muhasabah lah akan diri masing2.....kalau berjuang krn kepentingan pribadi sila keluar dr PAS....pas mau ahli dan pucuk pimpinan yg bersih ja mcm almarhum TGNA

Anonymous said...

Kalau jumpa Mokhtar Senik dengan ular, pukul Mokhtar Senik dulu. Mokhtar Senik ialah agen musuh gerakan Islam yang menyusup masuk ke dalam PAS untuk menghancurkan PAS dari dalam. Masih ingatkah kita bahawa Mokhtar Senik ialah advisor pertubuhan al Maunah yang cuba melakukan kekacauan atas nama agama.

raybanoutlet001 said...

michael kors outlet
michael kors outlet
ed hardy uk
michael kors handbags
cheap uggs
polo ralph lauren outlet
supra shoes sale
polo ralph lauren
nike shoes
cincinnati bengals jerseys

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.