• Khalid Abu Bakar. - Foto Bernama Khalid Abu Bakar. - Foto Bernama
1 / 1
PUTRAJAYA - [KEMASKINI] Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan pasukannya menyiasat kenyataan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang dipercayai berbaur hasutan.

Khalid berkata, Ahli Parlimen berkenaan sengaja mengundang tindakan Polis Diraja Malaysia.

“Kita akan ambil tindakan mengikut Akta Hasutan 1948,” katanya melalui laman mikro Twitternya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila membuat komen yang sensitif sehingga boleh menyebabkan huru-hara dan ketenteraman awam.

Kor Ming menerusi akaun Twitternya, dipercayai mengeluarkan kenyataan “Rakyat berdoa untuk Datuk Seri Anwar tetapi tidak kesampaian. Sudah tiba masa rakyat menentang rejim yang Zalim.@dapperak”.

Dalam perkembangan sama, Khalid turut mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) menyiasat Twitter dipercayai milik kartunis Zulkiflee Anwar Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Khalid berkata, mengarahkan PCIRC menyiasat Tweet Rafizi Ramli yang cuba menghasut Rakyat mempercayai Hakim di bayar.

“Orang ini (Zunar) juga mengundang tindakan PDRM. PCIRC sila kesan dan siasat,” katanya.