Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AHOK HINA ISLAM

Ribuan berdemo minta Gabenor Jakarta dipecat
Ribuan demonstrasi minta Gabenor Jakarta dipecat
Ribuan umat Islam Jakarta mengadakan himpunan bagi yang menuntut Ahok dipecat. Foto Liputan 6.

JAKARTA - INDONESIA. Ribuan umat Islam di Jakarta, berkumpul di ibu kota berkenaan bagi menyertai himpunan tunjuk perasaan untuk menuntut gabenor mereka, Basuki Tjahaja Purnama (Ahok) dipecat kerana dikatakan menghina Islam.

Memetik laporan Reuters, umat Islam berkumpul di pekarangan Masjid Istiqlal, Jakarta dan mula berarak, selepas selesai solat Jumaat semalam dengan rata-rata membawa sepanduk yang bertulis 'pencaci mesti dihukum'.

Terdahulu pada 27 September lalu, Ahok dalam satu ucapannya memetik sebuah ayat al-Quran dan menggunakan ayat suci itu dalam konotasi yang salah, untuk menyerang pesaingnya menjelang pemilihan semula gabenor Jakarta pada Februari ini.

Ahok dipetik sebagai berkata, ramai diantara mereka telah 'ditipu' oleh pesaingnya yang menggunakan ayat al-Quran untuk menghalang mereka daripada mengundi seorang yang bukan beragama Islam 'anda sedang tertipu'," katanya.

Dalam pada itu, menurut Ketua Dewan Syura Pengerak Pembela Islam (FPI), Kyai Jafar Shodiq dalam tunjuk perasaan semalam, umat Islam terkesan dengan kenyataan Ahok tersebut.

"Seluruh umat Islam yang meyakini kitab suci al-Quran, harus terkesan dengan penodaan yang dilakukan oleh Ahok," ujarnya.

Susulan daripada tunjuk perasaan itu, beratus-ratus polis dan tentera di tempatkan disekitar bangunan dewan bandar raya untuk memastikan penunjuk perasaan dalam keadaan terkawal.

2 orang berkata:

Anonymous said...

pas lagi lama jual ayat quran kat malaysia ni demi secebis tampuk pemerintahan..hehe

Anonymous said...

lin guan eng pancing2 pakai umpan khalifah umar abd aziz,pas dah terpancut pancut klimaks hehehe..
bukan ke itu kebebalan yg lebih teruk dari sekor lembu,kerana x berdaya mengenal sesuatu yg dah memang terang benderang..lepas tu dia dok nyanyi kata umno tu sifatnya bebal..umno bebal tu la yg lebih dulu dah lama kenal perkara tu dari dia..last2 sekarang ngendeng2 kat umno,x ngaku lak tu dlu umno pesan kat dia betul dah perkara tu..memang betol2 barua la.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.