Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RUU 355 KITA LIHAT APA PANDANGAN WAKIL UMAT ISLAM

DAP senarai 6 kemungkinan jika Hadi bentang RUU 355
Lim Kit Siang
Kit Siang

SHAH ALAM - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyenaraikan enam kemungkinan sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat.

Kit Siang berkata, antaranya Hadi akan datang untuk membentang dan membahas mengenainya pada minggu pertama pembukaan sidang Parlimen, sama ada pada hari Isnin, Selasa atau Rabu dan diluluskan dengan sokongan majoriti mudah.

"Kemungkinan kedua pula RUU itu dibahaskan pada minggu pertama di Parlimen dan ditolak dengan undi majoriti mudah," katanya menerusi tulisan diblognya.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-13 bagi Dewan Rakyat akan berlangsung selama 25 hari bermula 17 Oktober hingga 24 November depan.

Kemungkinan seterusnya, Hadi tidak membahasakan RUU pada minggu pertama sidang Parlimen bermula dan ditangguhkan sehingga selepas perbahasan Bajet 2017, dan kemungkinan akan dibahaskan pada minggu akhir sidang Parlimen pada November nanti (21-24 November).

Mengulas lanjut, Kit Siang berkata kemungkinan keempat ialah perbahasan diilakukan pada minggu terakhir dan diluluskan dengan keputusan majoriti mudah.

"Dan kemungkinan kelima perbahasan dilakukan pada minggu terakhir dan ia ditolak dengan majoriti mudah," katanya lagi.

Sementara itu, katanya kemungkinan terakhir ialah RUU ini tidak dibahaskan dan akan ditunda pada persidangan Parlimen tahun hadapan.

Terdahulu, Hadi dalam kenyataannya menyatakan kesedian untuk membentangkan RUU 355 pada bulan ini.

Menurutnya, usaha untuk mengusulkan RUU itu ke Parlimen sudah lama dilakukan pihaknya.

“Persediaan usul ini dilakukan sejak 1957 lagi dan banyak hujah kuat telah disediakan. Saya hanya menyambung perjuangan itu.

“Ini hak orang Islam. Kalau masyarakat bukan Islam ada hak untuk menganut agama masing-masing, maka orang Islam ada hak untuk pertahankan agama mereka,” katanya pada sidang media di majlis himpunan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam," ujarnya.

Mei lalu, Hadi telah membentangkan RUU untuk meluluskan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Belum jadi rang ubdang2 pun sbb belum dibentang, belum dibahas dan belum diundi.

Klu dah diundi dan menang sokongan baru boleh dipanggil ruu 355.

Setakat sekarang, lebih sesuai kalau dipanggil "cadangan ruu 355". Perkataan "cadangan" tu tolong letak.

Dan tolong jangan mengkafir atau nak tanam org dijirat cina sbb benda tu baru "cadangan".

Anonymous said...

sama je la baruanya pas ngan dap tu 2-2 barua..sorang jual agama, perbodohkan muslim2,sorang lg mempergunakan muslim2 yg sedang bersemangat tinggi tapi berotak bebal..hehe
si bebal nak jatuhkan umno bebal..dah sama2 bebal makan sorang sikit la gaduh wat pe hehe

Anonymous said...

Setuju dgn ko dol.

Cadangan > bentang > undian > rang undang2 > agung perkenan > akta.

Sekarang baru sampai peringkat cadangan sahaja.

Anonymous said...

Beli banglo > duit tarak > buat projek balak > bagi kroni > tebang balak > duit masyuk > beli banglo > duit tarak > buat projek balak > bagi kroni > tebang balak > duit masyuk > beli banglo > duit tarak > buat projek balak > bagi kroni > ........... (ulang hingga 10 kali/ 10 tahun)

Anonymous said...

korang paham x pas ni camne hawa nafsu di?yg disorok atas nama agama..
dia menolak sesiapa saja yg bersekutu dengan dap..
ini tanda2 sifat ketakburan..semua manusia mesti kene sujud kat dia jika dia x bersetuju ngan perkara tu..
tapi jika dia yg bersekutu dengan dap barang tu halallan toyiban..semua org digalakkan bersekutu bersama2 dengannya hehehe..
pentaksub2 pas berniat nak cari yg agama tapi kalo cari dalam pas insyaAllah dia akan menjadi sang pencari yg malang hehehe..semoga Allah lepaskan pentaksub2 pas dari belenggu ketaksuban kepada pas dan mana2 parti lain insyaAllah..
aku harap korang paham dengan jelas hal ni dan bgtau ke anak cucu sedara mara,anak2 buah jgn mencari agama melalui parti politik..kelak agama xdapat binasa yg dapat..
hehe

Anonymous said...

Menipu ke tak kalu mcm ni?

Di penang @ di malaysia, pas tak boleh join dap, dosa, kafir harbi.

Di selangor tak apa. Boleh join dlm satu prntadbiran, sama2 perintah. Harbi tah ke mana, dosa tah kemana.

Ko fikir mudah aje la. Munafik ke tidak? Aku tak tau nak jawab. Buntu.

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih, Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!1"Dikejar-kejar hutang2"Selaluh kalah dalam bermain togel3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunyatapi tidak ada satupun yang berhasil. 4d 5d 6d Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI MUPENG akan membantuanda semua dengan Angka ritual/GHOIB:butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTOMAGNUM / dijamin100jebolApabila ada waktusilahkan Hub: AKI MUPENG DI NO: (((_0852 9445 0976 _)))ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILANDANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/»0852 9445 0976 .

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.