Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI DIA SETIAUSHA AGONG BERSATU


Dr Shahruddin sah terima jawatan Bersatu
Dr Shahruddin Md Salle
Dr Shahruddin

MUAR - Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Pagoh, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh mengesahkan beliau menerima pelantikan sebagai Setiausaha Agung Bersatu..

"Ya, terima jawatan itu. Saya juga ahli Bersatu. Ini pun saya isytihar pada Sinar (Sinar Harian) saja.

"Ramai minta news ini, saya tangguh dulu. Saya sibuk sekarang," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengulangi perasaan kesal dan marah ekoran pemecatan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada parti, 24 Jun lalu.

“Inilah politik dan saya sebenarnya masih sedih Tan Sri (Muhyiddin) dipecat oleh Umno hanya kerana berkata sesuatu yang benar.

“Sedangkan kemelut yang berlaku pada ketika itu dilihat berupaya merosakkan dan melemahkan parti,” katanya yang juga Adun Jorak ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Awal Julai lalu, Dr Shahruddin membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Pagoh yang disandangnya atas alasan menolak keputusan Majlis Tertinggi (MT) yang memecat Muhyiddin.

Teka-teki berhubung kedudukan beliau dalam Umno akhirnya terjawab susulan pelantikan beliau sebagai Setiausaha Agung Bersatu, seperti diumum kelmarin.

Pengumuman tersebut dibuat Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu.

Muhyiddin juga turut mengumumkan seorang akauntan bertauliah lulusan Ireland yang aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan, Datuk Mohamed Salleh Bajuri sebagai Bendahari Agung Bersatu dan bekas Adun Semerak, Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor sebagai Ketua Penerangan Bersatu.

Sementara itu, pemangku Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed ketika dihubungi berkata, tindakan Dr Sharuddin untuk keluar daripada parti sebelum ini telah pun diduga.

“Ia sudah dijangka. Namun, Umno Pagoh akan terus bekerja bagi memastikan rakyat di Dun Jorak dan Bukit Serampang akan terus dibela.

“Ini juga sebagai pengajaran kepada pemimpin atasan untuk memberi ruang kepada calon tempatan pada masa akan datang berkhidmat kepada rakyat. Orang luar tidak mempunyai jiwa untuk berbakti kepada masyarakat setempat seperti Adun Jorak ini.

“Saya yakin orang Dun Jorak mahukan calon wakil rakyat anak tempatan untuk berkhidmat kepada mereka pada masa akan datang,” katanya.

4 orang berkata:

Titin di jakarta said...

Sujud syukur saya ucapkan kepada ALLAH SWT dan saya sekeluarga sangat berterima kasih banyak kepada KI WARA atas bantuannya saya bisa mendapatkan dana ghoib dan alhamdulillah BENAR2 berhasil karna sekarang ini kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya dan semua utang2 saya sudah pada lunas semua,,!!! jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi KI WARA 085242894584 ini lah kisah nyata dari saya…beliau juga memberikan pesugihan,jual tujul,uang ghaib,bulu perindu.ATAU BUKA BLOK KI WARA

Anonymous said...

Anonymous said...
Dah kenapa dulu TGNA tolak?
Takkan TGNA tak faham kot?
Ini sebenarnya usul dari umno 1984 kononnya ingin memartabatkan syariah hakikatnya demi menutup desakkan agar hudud dibuat. Faham kan ?
Kenapa pas menyokong pulak? Atau pas kini sudah pro umno?
Ini strategi umno dan pas (mesra umno) utk menghindarkan isu hudud . Akhirnya mereka ini akan berkata " Isu hudud kita tangguh kerana sudah ada undang2 shariah yg telah dimartabatkan dan juga telah dipersetujui oleh pas melalui ruu private bil mereka"
So siapa yg melopong? Pas juga...terperangkap oleh mainan umno. Kena bijak sikit wahai pengikut pas ...
Jangan menang sorang Kelantan tergadai...

Anonymous said...

Aku kompom kelantan memang akan tergadai. 99.9% memang aku kompom.

Marang kepunden.

Anonymous said...

Siapakah calon tempatan itu. Adakah datuk Y..?
Saya cukup yakin umno akan terus lemah jika dipimpin oleh org yg lemah.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.