Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAMANYA DIKAITKAN ?

Saya tidak terlibat, kata Hanifah Aman
Anifah Aman
Anifah Aman

KOTA KINABALU - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyangkal dakwaan bahawa beliau dan bahagian partinya mempunyai kaitan dengan dua pegawai kanan kerajaan di Sabah yang disiasat kerana didakwa salah guna kuasa.

Dakwaan ini adalah tidak munasabah sama sekali dan palsu.

"Umno Kimanis dan saya tidak terlibat atau terbabit sama sekali dalam kes yang sedang disiasat," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anifah, yang juga Ketua Umno Bahagian Kimanis dan Anggota Parlimen Kimanis berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya kenyataan berbaur fitnah itu terus disiarkan.

Beliau juga menasihatkan rakyat supaya biarlah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan tugasnya dengan adil dan betul tanpa sebarang campurtangan.

Bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman memuat naik dalam media sosial bahawa pengarah sebuah agensi kerajaan yang disiasat oleh SPRM ialah Bendahari Umno Kimanis, Datuk Mohd Rizal Abdullah alias Raymund Godfrey.

Bagaimanapun, beliau kemudian menarik balik posting itu dan memohon maaf bahawa Bendahari Umno Kimanis itu bukan suspek.

Dua pegawai kanan kerajaan - seorang pengarah dan seorang timbalan pengarah ialah antara empat suspek yang ditahan SPRM untuk membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion.

SPRM merampas wang tunai lebih RM114.5 juta dalam serbuan di pejabat dan rumah suspek-suspek tersebut yang kini direman sehingga 11 Oktober untuk membantu siasatan. - Bernama

1 orang berkata:

Titin di jakarta said...

Sujud syukur saya ucapkan kepada ALLAH SWT dan saya sekeluarga sangat berterima kasih banyak kepada KI WARA atas bantuannya saya bisa mendapatkan dana ghoib dan alhamdulillah BENAR2 berhasil karna sekarang ini kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya dan semua utang2 saya sudah pada lunas semua,,!!! jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi KI WARA 085242894584 ini lah kisah nyata dari saya…beliau juga memberikan pesugihan,jual tujul,uang ghaib,bulu perindu.ATAU BUKA BLOK KI WARA

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.