Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LOJI SEMENYEH DITUTUP

Loji Rawatan Air Semenyih ditutup lagi
loji

SHAH ALAM - Loji Rawatan Air Semenyih yang ditutup tiga hari baru-baru ini berikutan pencemaran di Sungai Semenyih terpaksa ditutup lagi mulai jam 10 pagi tadi berikutan masalah sama.

Susulan itu beberapa kawasan di Daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air, sepertimana sewaktu penutupan pada 22 hingga 24 September lalu.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor Elizabeth Wong berkata, pencemaran bau dikesan di Sungai Semenyih pada 11 malam tadi.

"Loji Rawatan Air Semenyih akan beroperasi semula apabila tiada pencemaran bau," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Elizabeth dalam pada itu berkata Kumpulan Air Selangor (Air Selangor), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengenal  pasti punca pencemaran di tapak premis bersebelahan SR Building Materials Sdn Bhd di Batu 22 1/4, Jalan Sungai Lalang, Semenyih.  

Katanya MPKj dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menutup tapak premis tersebut untuk memberhentikan sebarang aktiviti di sana dan untuk siasatan lanjut.    

"Kes ini telah dirujuk kepada JAS untuk tindakan selanjutnya termasuk tindakan undang-undang. Di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, jika sabit kesalahan denda maksimum RM100,000 dan/atau lima tahun penjara akan dikenakan.

"Selain itu, bagi perniagaan atau premis yang disahkan mengakibatkan pencemaran, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan membatalkan semua lesen dan hentikan semua operasi perniagaan. Tiada rayuan akan dipertimbangkan kerana kejadian tidak bertanggungjawab ini telah mengakibatkan kesusahan kepada lebih 1.8 juta pengguna di Selangor," katanya.  

Tambah beliau, tindakan pantas petugas LUAS dan Air Selangor yang telah memantau kawasan itu 24 jam selama 10 hari akhirnya berjaya mengenal pasti punca pencemaran.  

Elizabeth berkata, pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai bekalan air melalui aplikasi telefon bimbit 'mySYABAS' dan www.syabas.com.my.

Sebelum ini, beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air sejak 22 September lalu berikutan penutupan Loji Rawatan Air Semenyih akibat pencemaran sungai. - Bernam

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.