Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIAPA BOHONG RAKYAT MAHU TAHU, RAKYAT AKAN TOLAK PENDUSTA


Perbincangan antara Tun M, Agong sulit
Mukhriz Mahathir
Mukhriz

ALOR SETAR - Bersatu tidak berhasrat menuntut penjelasan daripada Istana Negara mahupun Jabatan Perdana Menteri berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkaitan Deklarasi Rakyat yang diserah Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, 16 September lalu.

Naib Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya enggan mencampuri urusan melibatkan pihak istana kerana menganggap pertemuan empat mata itu sebagai perbincangan sulit antara Mahathir dengan Tuanku Abdul Halim.

“Kami hormati institusi istana dan ia adalah perbincangan tertutup, inti patinya tidak perlu didedah kepada umum. Biarlah setakat itu sahaja, Bersatu tidak mohon sebarang penjelasan, namun terkilan kerana kenyataan dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai titah baginda tidak tepat,” katanya.

Menurutnya, terdapat banyak kesilapan pada kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 21 September itu, di  mana bercanggah dengan fakta sebenar.

“Antara kesalahan ketara ialah lokasi pertemuan, jawatan Mahathir dan parti diwakili. Malah Gerakan Selamatkan Malaysia diasaskan sebelum Bersatu diwujudkan. Saya juga hairan bagaimana individu yang menjadi tajuk perbincangan sulit itu boleh mengeluarkan kenyataan media dengan menegaskan baginda menolak Deklarasi Rakyat,” katanya.

Mukhriz berkata, sebarang kenyataan rasmi Tuanku Abdul Halim sepatutnya dikeluarkan oleh Istana Negara, Istana Anak Bukit atau melalui Setiausaha Sulit baginda.

“Mahathir sendiri tidak mengeluarkan kenyataan berkaitan apabila Tuanku Abdul Halim tidak mendedahkan intipati perbincangan untuk pengetahuan umum.

Menurutnya, pihaknya kesal wujud cubaan mengheret pihak istana bagi meredakan kemelut  melibatkan Najib.

“Sekiranya pendirian Yang di-Pertuan Agong dianggap penting dan perlu diambil serius, kenapa dua kenyataan rasmi Majlis Raja-Raja  sebelum ini tidak diendahkan? Teguran terhadap 1MDB (6 Oktober 2015) dan Akta Majlis Keselamatan Negara (17 Februari 2016) telah dibuat Majlis Raja-Raja namun tiada respons daripada Najib dan kerajaan BN sebagai menunjukkan ketaatan kepada titah Tuanku,” katanya.

Mukhriz berkata, sebaliknya Najib pantas mengeluarkan kenyataan rasmi sebagai titah baginda terhadap usaha Mahathir yang mewakili suara rakyat itu.

“Jika benar Najib menghormati pendirian baginda, kenapa tiada satu permohonan maaf dipersembahkan oleh beliau selaku Presiden Umno apabila seorang Ahli Parlimen membuat kenyataan melulu bahawa mengikut Perlembagaan Persekutuan, Malaysian Official 1 (MO1) adalah Agong,” katanya.

Pada 16 September, Mahathir menghadap Tuanku Abdul Halim bagi menyerahkan memorandum Deklarasi Rakyat mengandungi 1.3 juta tandatangan rakyat Malaysia, di Istana Anak Bukit, Kedah, yang berlangsung selama satu jam 15 minit.

Jabatan Perdana Menteri pada 21 September, mengeluarkan kenyataan dengan memetik Najib sebagai berkata, Tuanku Abdul Halim telah menjelaskan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Deklarasi Rakyat tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Baginda juga bertitah tidak boleh mencampuri usaha dijalankan Bersatu dan sebarang tindakan seharusnya menerusi Parlimen atau pilihan raya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.