Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENULARAN WAHABI JUGA PERLU DIBIMBANGI

Mufti bimbang penularan Syiah di Perlis
Asri
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin menyatakan kembimbangan terhadap penularan syiah di Perlis.

Beliau mendakwa, gerakan syiah di negeri itu turut dipercayai berkait rapat dengan sebuah parti politik.

"Syiah masuk ke Perlis melalui pertubuhan tertentu. Saya juga mendapat maklumat daripada pihak keselamatan mengenai pertubuhan itu.

"Mereka ini bergerak di atas landasan kebajikan dan kemudian mereka menyebarkan pemikiran. Ada juga parti politik yang sama ada sengaja atau tidak, tahu atau pun tak, ahli-ahlinya semua terlibat termasuk peringkat kepimpinan," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian semalam.

Beliau juga tidak menolak bahawa idea yang dibawa oleh mazhab syiah itu turut menjadi sebab utama ia dapat berkembang di negeri itu.

“Penggunaan idea seperti Ahlul-Bait dan juga jenayah para sahabat Nabi turut menjadi penyebab mazhab ini berkembang.

“Tambahan pula, orang Islam kini sedang mencari seorang pemimpin yang boleh membawa ke arah sebuah negara Islam,”  katanya. 

Menurutnya, penularan syiah boleh mencetuskan satu provokasi ketegangan yang membahayakan dalam negara. 

“Kewujudan syiah dalam kerangka Malaysia dan orang Islam akan mencetuskan krisis keselamatan kerana perebutan kuasa yang mempunyai tabiat agama.

“Perkara ini telah berlaku di negara-negara Islam yang lain melibatkan Mazhab Syiah dan Sunni hingga wujudnya persengketaan,” katanya.

Tambahnya lagi, politik di negara ini sendiri menggunakan agama untuk menguasai tampuk kekuasaan dan mendapatkan pengaruh politik. 

“Sekiranya agama dan politik dicampurkan secara matang maka ia bagus. Namun jika agama dan politik dicampur secara tidak serius, ia akan menjadi alat untuk mendapatkan pengaruh politik sahaja.

“Realitinya di Malaysia ini dalam konteks pemerintah membawa idea yang mereka anuti. Oleh sebab itu, syiah kini menyasarkan ahli politik untuk memegang tampuk kekuasaan,” katanya lagi.

Oleh itu, beliau berharap perkara yang telah terjadi di negara-negara Islam lain tidak berlaku di Malaysia.

“Syiah ini bukannya satu perkara yang boleh dianggap kecil. Jika tidak dipantau ia boleh menjadi satu pergolakan yang sukar untuk kita keluar daripadanya,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

PENULARAN PUAK TAKFIRI JUGA PERLU DIKHUATIRI. TAKUT YG BUKAN GENG WALAUNTA SEMUA DIANGGAP JATUH IMAN DAN BOLEH TANAM JIRAT CINA.

Anonymous said...

wwhabi takfiri tu adik beradik je..2 2 terkeluar jalur 2x5 huhu

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.