'Watak Jamal sama seperti Pinocchio'
KUALA LUMPUR - Tidak ada pihak yang akan terpengaruh setiap dakwaan
Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos berkaitan
kecederaan hidungnya.
Sebaliknya dakwa Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Jamal hanya mengundang kecederaan ke atas dirinya sendiri.
"Jamal ini sama seperti watak dalam Pinocchio, cerita dongeng
mengisahkan anak patung yang memiliki hidung ajaib yang memanjang setiap
kali ia berbohong.
“Hidung Jamal bertambah panjang setiap kali dia terlanggar sesuatu dan
berdarah. Padan mukanya. Pembuli dan pembohong itu layak menerimanya,"
tempelak Zuraida seperti yang dipetik menerusi kenyataan hari ini.
Difahamkan, Ketua Wanita PKR itu bersama penyokong berada di pusat beli
belah Ampang Point petang semalam untuk mengedarkan risalah Bersih 5
sebelum bertembung dengan kumpulan Jamal.
Jamal kemudiannya mendapat kecederaan di bahagian hidung ketika pergelutan terjadi antara pihak polis dan penyokong Bersih.
[ARTIKEL BERKAITAN: Hidung berdarah: Jamal lapor polis]
Jamal kemudiannya mendakwa beliau ditumbuk penyokong Bersih ketika pertembungan berlaku itu.
Zuraida bagaimanapun tidak bimbang dengan laporan polis yang dibuat
Jamal kerana yakin pemimpin Umno itu akan didakwa dengan laporan polis
palsu.
“Bukti terpampang untuk semua menilainya,” katanya lagi.
0 orang berkata:
Post a Comment