Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TERTIMBUS, NASIB BAIK SELAMAT

Penunggang motosikal tertimbus syukur selamat
Penunggang motosikal tertimbus syukur selamat
Keadaan tanah runtuh yang berlaku di Taman Idaman, Serendah, awal pagi tadi sehingga mengakibatkan seorang cedera manakala tujuh kereta musnah. - Foto Bernama

HULU SELANGOR - Penunggang motosikal yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini pagi tadi bersyukur kerana segera diselamatkan penduduk setempat.

Muhammad Fareez Hanudin, 21, tertimbus sehingga paras dada menyebabkan beliau tidak dapat bergerak dan sukar bernafas dalam kejadian 1 pagi itu.

Beliau berkata ketika itu beliau sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah di taman tersebut selepas selesai bekerja di sebuah gimnasium di pekan itu.

Kejadian berlaku terlalu cepat apabila beliau tiba-tiba terjatuh dan ditimbusi tanah.

"Keadaannya agak gelap berbanding biasa. Tiba-tiba saya terjatuh dan saya nampak beberapa kereta yang diletakkan di kawasan tepi jalan turut terjatuh ke dalam lubang seluas padang bola yang terbentuk di lereng bukit itu.

"Tanah berterusan bergerak dan ada yang menimpa muka. Saya hanya mampu berdoa dan berharap ada orang datang untuk menyelamatkan saya," ujarnya yang merupakan satu-satunya mangsa yang cedera dalam insiden berkenaan.


Anak keempat dari lapan beradik itu berkata beliau diselamatkan oleh beberapa penduduk kampung yang menariknya keluar sebelum sempat beliau tertimbus sepenuhnya.

Muhammad Fareez cedera di tangan dan kaki dan dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.

"Saya dibenarkan keluar hospital tengah hari tadi. Syukur saya hanya cedera ringan. Saya juga bersyukur dan berterima kasih kepada penduduk yang membantu menarik saya keluar dengan segera. Kalau lambat, mungkin saya sudah ditimbusi sepenuhnya," katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.

Sementara itu seorang penduduk, Mohd Ramlan Mat Amin, 51, berkata sepanjang 24 tahun kawasan perumahan itu dibuka, hanya beberapa kali banjir kecil berlaku namun ia tidak menjejaskan tempat tinggal penduduk.

"Sebelum ini, saya menyedari ada beberapa retakan di belakang rumah saya dan lubang terbentuk di situ. Apabila ditimbus dengan tanah, lubang itu terbentuk semula. Saya tidak sangka ia merupakan petanda tanah runtuh bakal berlaku," katanya.

Menurut beliau, kejadian hari ini adalah paling teruk berlaku sehingga menjejaskan beberapa buah kampung kerana lokasi kejadian merupakan laluan utama.

Pihak polis telah mengisytiharkan kawasan tanah runtuh itu sebagai kawasan larangan Zon Merah.

Sehubungan itu, seramai 340 penduduk telah diarahkan berpindah ke Sekolah Rendah Agama Serendah. – Bernama

4 orang berkata:

Anonymous said...

Pru 14 esok parti cai walauntas akan tertimbus dan terus mampooos

Anonymous said...

Tengok gaya pas di Selangor dah masuk zon merah.

Anonymous said...

Pas kita reject. Parti sekongkol dap iaitu ph pan kita reject. Jamal jamban kita reject. Najib kita reject. Kita undi BN dlm Pru 14. Kita pilih calon BN yg molek2 aje

Anonymous said...

Pasal ruu 355:

Rasanya tak sempat terus kot hj hadi nak bentang dan bahas. Sbb tengok gaya hj hadi mcm dah tak bole nak masuk parlimen. Sbb tengok gaya hj hadi mungkin tak bole menang 3 penjuru pru 14.

Klu abduh kalah, mp2 pas yg ada pun kalah, mcm mna nak bentang? Habis mcm tu aje la. Itu yg melayu, islam ni risau klu tangguh2. Tapi ye la, kita bg nasihat, kita tegur, kita pulak dikata syaitan sbb tegur. Tak kan tegur pun derang bagi gelaran syaitan....

Nak harap amnoo bentang ruu?
Hishhhh...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.