Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PANDANGAN TUN HAMID PERLU DIFAHAMI SEBAIK MUNGKIN

Tak perlu jawatan kuasa pemilihan
Tun Abdul Hamid Mohamad
Tun Abdul Hamid Mohamad

SHAH ALAM - Jawatankuasa pemilihan yang terdiri daripada ahli parlimen Islam dan bukan Islam daripada pihak kerajaan dan pembangkang  tidak perlu diwujudkan. 

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid berkata, pindaan RUU 355 itu hanya untuk membolehkan Dun membuat undang-undang itu tidak ada kena mengena dengan pembahagian bidang kuasa mahkamah sivil dan mahkamah syariah. 

Menurut beliau, pindaan akan melibatkan kesalahan-kesalahan dalam bidang kuasa mahkamah syariah, sementara bidang kuasa mahkamah sivil tidak tersentuh langsung. 

"Soal pembahagian bidang kuasa antara kedua-dua mahkamah itu tidak berbangkit langsung. Mengapa pembahagian bidang kuasa kedua-dua mahkamah itu hendak ‘diperhaluskan’. 

“Mengenai kebimbangan orang bukan Islam, ini juga tidak berasas. Jika pindaan itu diluluskan dan selepas itu Dun membuat undang-undang  dan ia  hanya melibatkan orang Islam. Apa yang orang bukan Islam hendak bimbang?,” soalnya, semalam. 

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa jawatankuasa pemilihan itu diharap dapat memperhalusi semua aspek yang menjadi kebimbangan kepada ahli parlimen bukan Islam sama ada dalam BN atau pembangkang agar kedua-dua pihak dapat berbahas dan berbincang.

Tun Abdul Hamid berkata, antara sebab jawatankuasa pemilihan tidak perlu diwujudkan ialah perlembagaan negara digubal hakim-hakim berpengalaman dari empat buah negara. 

“Mereka cukup faham pembahagian kuasa antara Persekutuan dan negeri dan menggubal bidang kuasa mahkamah sivil dan syariah sesuai dengannya. 

"Misalnya,  undang-undang jenayah dan kesalahan-kesalahan ‘suruhan agama Islam’ dan kuasa mengeluarkan ‘surat kuasa mentadbir’ dan probet (probate) oleh mahkamah sivil dan kuasa menentukan undang-undang Islam (hukum syarak)  dalam pembahagian pusaka,” katanya. 

Tegasnya, yang menyebabkan masalah ialah kerana salah faham, tidak faham mengenainya atau sengaja mahu mengambil alih bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dan mahkamah sivil.

“Saya harap Ahmad Zahid tidak teruskan cadangannya itu. Beliau boleh hubungi saya untuk mendapat nasihat undang-undang percuma dalam hal ini. 

“Kerajaan dan Parlimen sepatutnya menumpukan perhatian kepada cadangan yang saya buat 20 tahun lalu untuk mengatasi masalah bidang kuasa yang berbangkit terdiri dari tiga perkara. 

Pertama salah satu pihak dalam kes mal terletak  dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah orang bukan Islam ,kedua  dalam sesuatu kes di mahkamah Sivil di mana terdapat isu Hukum Syarak dan ketiga dalam sesuatu kes di Mahkamah Syariah di mana terdapat isu undang-undang sivil,” jelasnya.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Pandangan songsang memang digemari oleh para walaunta.

Tujuan bukan untuk agama sangat pun tapi untuk nama dan permainan politik. Dgn perkataan lebih mudah, menjual agama untuk politik.

Anonymous said...

Dulu masa belum ada internet, lebai2 senang jual agama dengan membuat pelbagai amanat songsang. Tapi skrg sejak ada lebai google, tak dapat dah lebai2 ni nak kencing merata2.

Batu rasa nak mengencing aje orang dah bole tangkap.

Anonymous said...

Byk masuk saham ekor yer tuan...
Makin ligat nampak

Unknown said...

burberry outlet
michael kors canada
nike roshe
ugg outlet
michael kors handbags
true religion outlet
ray ban sunglasses
tory burch outlet
michael kors outlet clearance
toms shoes
20170106lck

Unknown said...

nike free run
polo outlet
omega watches
pandora outlet
michael kors outlet
los angeles lakers jerseys
michael kors handbags
coach outlet online
ray ban sunglasses
christian louboutin sale
20170114lck

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.