Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DESAK NAJIB JAWAB

Rafizi gesa PM jawab isu balak di Pekan
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

SUNGAI BESI - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk menjawab mengenai dakwaan berlakunya kerosakan hutan simpan di Pekan.

Rafizi mendakwa, beliau mendapat maklumat daripada seorang pemberi maklumat yang menyatakan hampir 4,839 hektar hutan simpan di Pekan telah diterokai.

"Saya telah menyemak peta yang diambil daripada satelit yang telah diberikan oleh saya dengan peta yang diperoleh dari industri pembalakan melalui beberapa orang individu yang saya kenali dan ada asas yang kukuh bahawa peta-peta yang diberikan kepada saya adalah benar.

"Jadi Najib yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan perlu memberi respons segera mengenai isu ini," katanya dalam sidang medianya di Invoke Malaysia,di sini hari ini.

Ujar Rafizi lagi, untuk itu beliau kini sedang menanti maklum balas peribadi daripada Najib bagi menjawab persoalan itu.

"Saya juga ada maklumat lanjut mengenai perkara yang sama di seluruh Pahang dan akan mendedahkan satu persatu bagi setiap daerah di Pahang sehinggalah ada maklum balas yang kukuh dan tindakan diambil untuk menghentikan pencerobohan ini," katanya.

Katanya lagi, beliau juga akan terus menyiasat untuk menentukan siapakah dalang sebenar di belakang kegiatan pencerobohan ini dan akan meneliti segala kemudahan pengurusan hutan sehingga menyebabkan berleluasanya aktiviti pencerobohan sebegini.

"Paling penting, inilah sebenarnya tugas seorang ahli  parlimen seperti saya dan Najib iaitu menjaga khazanah rakyat," katanya.
 

1 orang berkata:

Anonymous said...

Desak bos walaunta tenang durian kunyit segera kerana harga kunyit melambung skrg.....

http://feedproxy.google.com/~r/blogspot/pRYGl/~3/o3RMIjhL-aM/polis-serang-musnah-blockade-dan.html

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.