Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SATU HIMPUNAN AMAN YANG BESAR AKAN DIADAKAN

Tangani cubaan halang pindaan Akta 355
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

SHAH ALAM - Himpunan 355 anjuran Pas akan melibatkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, ia bagi mencetuskan kesedaran tinggi dalam kalangan umat Islam dan memberi pemahaman kepada masyarakat bukan Islam agar memberi sokongan ke arah memartabatkan mahkamah syariah.

“Sokongan umat Islam tanpa mengira latar belakang parti politik, NGO, pendidikan, kaum, bangsa dan bahasa lidah. Demikian juga bukan Islam yang memahami bahawa ini adalah hak yang mesti dipulangkan kepada umat Islam.

“Adalah suatu yang sangat penting untuk berdepan dengan provokasi, ugutan dan ancaman melampau.

"Ia (cabaran) datang dari pihak tertentu yang mahu menggagalkan hasrat pindaan Akta 355 dengan pelbagai tohmahan dan fitnah yang jahat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Baru-baru ini. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, satu himpunan umat Islam besar-besaran secara tertib dan aman diadakan sebelum Mac tahun hadapan.

Perhimpunan bertujuan menjelaskan sebab pindaan Akta 355 dilakukan dan sekali gus meraih sokongan umat Islam terhadap pindaan tersebut.

Nasrudin berkata, Pas akan menubuhkan Sekretariat Himpunan 355 ini pada minggu hadapan yang mewakili parti politik, NGO, aktivis masyarakat dan tokoh individu.

"Sekretariat ini akan mengadakan sidang media khas sebaik sahaja ia ditubuhkan kelak bagi menjelaskan perkara yang perlu kepada umum.

"Sekretariat ini akan menetapkan tarikh dan tempat Himpunan 355 tersebut serta menggariskan objektif dan pelan bertindak bagi memastikan ia berjaya dilangsungkan dengan cemerlang kelak," katanya.

11 orang berkata:

Anonymous said...

nampak x tingkah org sombong lagi takbur..ruu di kedah dia tolak tak mengapa..tapu ruu dia jgn sekali2 ditolak org lain..masyaAllah nanti yg gaduh ialah muslim sama muslim juga kerana dia x dapat menerima pihak yg menolak..dulu dia menolak org lain dapat terima jadi perkara tu terhenti disitu sahaja..sekarang dia x mau terima org menolak dia dan jadila berpanjangan hal ni..kalo ikut kebiasaan sape yg akan jadi mangsa?rakyat2 biase masam muka hukum menghukum sesama sendiri...nampak x ape suasana sesuatau negara bila ada manusia tergamak jual agama untuk politik?

Anonymous said...

Apa ko merepek ni labuuu...

Anonymous said...

Drp buat himpunan menyusahkan rakyat lebih baik hantar Hadi, pakaramu dan walaun2 tolol Pas gi sana berjihad selamatkn umat Islam rohingya..ini semua sandiwara political mileage parti jual agama Pas nak kencing ahli2 parti lg.

Apa fungsi Hadi sbg naib presiden ulamak dunia dan ulamak2 umno? Semuanya NATO. No Action Talk Only.

Anonymous said...

yg x merepek hanya ko..biase la tu huhu

Anonymous said...

semoga pentaksub pas muhasabah diri..

Anonymous said...

Yg akan undi ialah mp.
Bukannya budak2 yg berhimpun tu.

Knapa ler bodo sangat....

Anonymous said...

biase la gunakan agama pancing rakyat yg taksub untuk politik dia..hehe
kalo dap pujuk dia..insyaAllah x jadi hal2 mcm ni..ini semua nak bagi dap sakit hati je..silap dap x pujuk dia..pas dahagakan kasih sayang dap..dulu masa sama2 sedang berkasih sayang nampak x mcm mana pas jual semua yg dia ada utk dap hehe..tapi dap x boleh jual semua yg ada utk pas..pas kecik hati..merajuk tunjuk perasaan la tu

Anonymous said...

pas sanggup buang org dia sendiri yg nak tarik air arak dap dlu,pas biar air arak tu kekal untuk dap,org dia tu dia tendang mcm kucing kurap demi dap..banyak yg pas golok gadai demi dap,pas x sambut maulid/kelahiran nabi saw sebab dia kata ini semua menyerupai tingkah org kristian je sambut maulid ni,tapi demi kasih sayang terhadap dap pas sanggup usung kek befday pegi sambut hari kelahiran karpal singh dengan penuh kasih sayang hehehehe...
ape lagi yg dap nak pun x tau la hehehe

Anonymous said...

Jangan lupa ajak jamal jamban sekali. Dia bole bawak 4000000 pengikut

Anonymous said...

Bila tn guru hj dol dah padam, pas akan join dap balik. Sbb apa? Sbb tn guru hj dol suka kencing rata2

Anonymous said...

Lebai tolol yg terlampau..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.