Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA KEMUNGKINAN

Penduduk bimbang hujan cetus runtuhan susulan
 Taman Idaman, Serendah
Pandangan udara keadaan tanah runtuh, yang berlaku di Taman Idaman, Serendah. - Foto Bernama

HULU SELANGOR - Penduduk Taman Idaman, Serendah bimbang kemungkinan berlaku lagi tanah runtuh susulan hujan sekejap-sekejap yang berlaku sejak semalam.

Haslayati Mohd, 40, berkata jika ia berlaku lagi, ia dikhuatiri menjejaskan rumah dan gerainya."Ini kerana rumah saya berhampiran dengan kawasan tebing yang runtuh sebelum ini. Jika hujan tidak berhenti, saya bimbang rumah dan gerai saya akan terjejas.

"Saya berharap pihak berkenaan dapat menyiapkan segera pemasangan cerucuk besi bagi mengukuhkan tebing tanah," katanya kepada Bernama di pusat penempatan sementara mangsa di Sekolah Rendah Agama Serendah.

Arifuddin Ismail, 28, pula berkata kejadian awal pagi semalam menyebabkan dinding rumahnya retak.   
"Saya bimbang jika berlaku pergerakan tanah atau hujan berterusan, rumah saya akan terjejas. Saya juga tidak tidur lena kerana memikirkan rumah saya.

Saya khuatir pencuri akan mengambil kesempatan dan mencuri barangan di rumah saya yang diarah supaya dikosongkan," katanya.

Bernama difahamkan turut berlaku lagi runtuhan kecil di kawasan berkenaan. –Bernama

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.