Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA RAHSIA TAK JEMPUT TU

'Takkan kami nak merajuk pula dengan DAP'
Mukhriz
Mukhriz

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak terkilan dengan tindakan DAP yang tidak menjemput pihaknya dalam Persidangan Kebangsaan DAP akan datang.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, DAP berhak untuk berbuat demikian memandangkan Bersatu bukan sebahagian daripada rakan Pakatan Harapan.

“Tidak mengapa kalau tidak dijemput (ke Persidangan Kebangsaan DAP). Kami pun bukannya rakan Pakatan Harapan.

“Tak kan mahu merajuk pula kalau DAP tidak jemput kami,” selorohnya ketika dihubungi Sinar Online.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan tidak akan dijemput ke persidangan kebangsaan DAP yang dijadualkan pada 4 Disember ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha penganjur parti, Anthony Loke menerusi laporan sebuah portal tempatan.

Beliau menjelaskan ini adalah kerana Bersatu bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan.
"Tidak ... Jemputan kami hanya kepada PKR dan Parti Amanah Negara," katanya.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya dijadikan isu memandangkan pihaknya masih bekerjasama erat dengan DAP dalam soal lain.

 “Bersatu memang tidak kisah bila kami tidak dijemput. Persidangan DAP bukanlah sebesar Kongres Pakatan Harapan terdahulu.

 “Jadi ia tidak mengapa kalau kami tidak dijemput,” ujarnya lagi walaupun hubungan parti itu boleh dianggap rapat mutakhir ini.


Difahamkan Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat pada minggu hadapan bagi membincangkan gerak kerja PRU14 termasuk kelulusan kehadiran parti Bersatu dalam keluarga besar pakatan itu.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.