Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERHIMPUNAN ADA KELAINAN, GENDANG PERANG ?

Perwakilan disaran berbahas ikut garis panduan
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Para perwakilan khususnya jurucakap perlu berbahas mengikut garis panduan, tataetika dan ketatasusilaan bagi melontarkan pandangan mereka sepanjang Persidangan Agung Umno (PAU) berlangsung.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,  yakin bahawa para perwakilan akan membangkitkan isu-isu yang menjaga kepentingan Islam dan Melayu tanpa mengenepikan agama serta kaum lain di negara ini.

"Selain itu, mereka juga mungkin akan bercakap tengang isu-isu bersandarkan kepada ucapan dasar Presiden parti dan ketua sayap masing-masing serta usul-usul meliputi soal agama, akademik dan pendidikan," katanya selepas merasmikan Laman Media PAU 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.


Dalam pada itu, Zahid yang juga turut mengambil alih tugas-tugas Timbalan Presiden Umno memaklumkan bahawa pihaknya percaya PAU 2016 kali ini akan menyaksikan kelainan dalam perhimpunan sayap-sayap berbanding sebelum ini.

Beliau berkata, segala sengketa yang berlaku dalam pemilihan parti sebelum ini perlu diselesaikan dan saf-saf kepimpinan perlu dirapatkan semula.

"Kita mahu lupakan perbedaan pendapat ini dan harus fokus bagi menyatupadukan pemikiran dan tindakan untuk menghadapi musuh di luar sana,"katanya.

Selesai merasmikan Laman Media PAU 2016, Ahmad Zahid yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri turut  berkesempatan untuk memperkenalkan buku hasil tulisan beliau yang bertajuk "Gendang Perang PRU: Strategi Kukuhkan Parti".

Difahamkan, buku berkenaan merupakan hasil terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dengan kerjasama Media Intelligence Strategy (MINSTRA).

Buku tersebut memaparkan 10 bab dengan memperincikan 10 masalah utama dalam Umno yang perlu diselesaikan bagi memastikan pimpinan dan akar umbi saling bersatu serta bekerjasama.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.