Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tinjauan: 87 peratus rasa ahli politik rasuah


Rafizi
Rafizi

SUNGAI  BESI - Satu tinjauan mendapati sebanyak 87.6 peratus undian pendapat menyatakan mereka berpandangan ahli politik dan penjawat awam berpangkat tinggi di negara ini terlibat dengan amalan rasuah.

Tinjuan yang dilakukan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, di media sosial itu berlangsung selama sebulan melibatkan 720 pengundi.

Jelas Rafizi tinjauan yang dilakukannya juga mendapati sebanyak 72.9 peratus berpandangan 'kedua-duanya sama' iaitu bagi kategori kumpulan mana yang lebih banyak mengamalkan rasuah, sama ada ahli politik atau penjawat awam.

Dalam pada itu, Rafizi berkata sebanyak 98.5 peratus berpandangan mereka bersetuju untuk seseorang calon pilihanraya yang tidak mengisytiharkan harta tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya selagi mana mereka belum mengisytiharkan harta.

"Saya dapati dapatan kajian yang saya lakukan lebih kurang sebulan lepas. "Ia satu dapatan lebih kurang kecenderungan rakyat keseluruhannya mengenai amalan rasuah dan juga bagaimana cara terbaik untuk menanganinya," katanya di sidang medianya di Invoke  Malaysia di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Rafizi menjelaskan bahawa tinjauan itu dilakukan secara telus kerana setiap pengundi perlu 'log in' maklumat mengenai mereka terlebih dahulu.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Paling menakutkan jika rasuah derma almarhom raja Arab, dedak dan balak. Rasuah balak memberi kesan paling besar menyebabkan org asli di uganda ditangkap polis kerana mempertahankan hak mereka yg musnah dikerjakan oleh TN guru hj raja segala walaunta. Di Zimbabwe pula rasuah balak menyebabkan banjir setinggi skolah 3 tingkat dan hospital terapung2.

Rasuah balak berpotensi menadah jumlah banglo dan ranjer

Anonymous said...

Mudah2an mereka yg rasuah itu mati dihempap balak atau dilanggar oleh lori balal. Aminn

Anonymous said...

Apa punya servey.. tunjuk fakta la.. kalu main ikug pendapat orang jer. Semua boleh jadi...

Anonymous said...

Kena siasat harta dan duit dlm bank anak menantu agamawang2 dari parti Pas jugak. Isytiharkan butir2 mcm yg YB Rafizi berani buat. Tak kiralah yg berserban 10 kilo sekalipun.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.