Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TARIK SEMUA TUDUHAN KEMUDIAN BARU RUNDING

Jangka berlaku rundingan Pas, pembangkang
 Azman Shapawi Abd Rani
Azman Shapawi Abd Rani

KUALA TERENGGANU - Pemimpin Pas peringkat negeri tidak menolak kemungkinan berlaku rundingan antara parti itu dan parti-parti pembangkang yang lain ke arah memastikan strategi satu lawan satu antara pembangkang dan BN menjelang PRU14.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abd Rani berkata, sejauh mana hasil tersebut berjaya, ia terserah kepada rundingan yang dibuat.

Bagaimanapun katanya, pertandingan satu lawan satu turut disokong Pas dalam usaha menjatuhkan kerajaan sedia ada menjelang PRU akan datang.

“Kita ambil kisah terhadap strategi satu lawan satu tapi dari sudut untuk bergabung, kita akan pastikan parti itu terima apa yang kita hendak, ambil kira sikap Pas.

“Sekarang ini rundingan belum dibuat, perbincangan belum berlaku. Mungkin sebelum PRU14 akan berlaku rundingan. Sejauh mana rundingan itu, kita tunggulah.

“Kalau mereka (parti lain) ikhlas, mungkin perlu terima,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau menjelaskan, ketidakhadiran Pas dalam Konvensyen Pakatan Harapan walaupun dijemput kerana Pas tidak mengiktiraf pakatan tersebut.

Sebagaimana diketahui sebelum ini katanya, Pas tidak akan bekerjasama dengan dua parti dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

“DAP menunjukkan pertentangan dengan kita yang perjuangkan agama manakala (ahli dan pemimpin) Amanah pula yang sebelum ini berada dalam Pas bersikap khianat tetapi tiba-tiba ajak kita sertai mereka,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, Pas adalah parti yang dikehendaki  kebanyakan parti bagi menguatkan sokongan dan kedudukan dalam politik negara.

Menurutnya, bukan hanya pembangkang yang melihat keuntungan melalui bekerjasama dengan Pas, malah perkara sama turut dirasai musuh politik terutamanya Umno.

“Ada yang pesan pada PKR dan Pakatan Harapan supaya bergabung dengan Pas, Tun Mahathir sebelum ini pun mahu Pas bersama-sama begitu juga Umno. Semua minat pada Pas.

“Bagi kita, kalau mereka hormat pendirian kita, kita terima. Kalau tidak, kita ambil sikap berkecuali,” katanya.

4 orang berkata:

Anonymous said...

dap je yg mujarab sembuhkan luka pas insyaAllah..kalo dap main wayang sikit wat tunduk2 skit kat pas sebelum pru nak mula sok insyaAllah memang lentok pas tu hehe..pas dahagakan pujuk rayu dap hihi..

Anonymous said...

Lancau la 1 lawan 1.
Klu pas ada telo lawan 3 penjuru la.
Perangai mcm yahudi nak join pembangkang ker.
Kahakptuiii

Anonymous said...

Pas la ni hidung tak mancung pipi tersorong2. Kepala buto la

Unknown said...

gucci sito ufficiale
michael kors handbags outlet
nike air huarache
chaussure louboutin
jacksonville jaguars jersey
nike trainers
falcons jersey
oakley sunglasses
raiders jerseys
canada goose jackets

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.