Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO AKAN MEMULAKAN PERANG DARI PERHIMPUNAN INI ?

'Tangkis serangan luar, dalam Umno'
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
 
[DIKEMASKINI] PERHIMPUNAN Agung Umno (PAU) ke-70 yang bermula hari ini hingga 3 Disember memberi kelainan buat DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI apabila beliau diberikan peluang merasmikan persidangan ketiga-tiga sayap secara serentak.

Bukan sekadar itu, pentas PAU kali ini juga akan menyaksikan buat pertama kali Ahmad Zahid berucap sebagai orang nombor dua parti yang kini menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden Umno.

PAU kali ini dilihat sesetengah  pemerhati sebagai platform  untuk kembali meyakinkan kewibawaan parti berkenaan  kepada kepada rakyat.

Umno yang dilihat sebagai tunjang perpaduan dalam kalangan parti komponen BN dilihat agak goyah selepas dihimpit konflik yang menyaksikan beberapa kepimpinannya beralih arah disamping isu peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barang.

Pastinya perwakilan ternanti-nanti apakah perancangan seterusnya Ahmad Zahid bagi mengukuhkan parti, terutama selepas Umnno dilanda beberapa isu ‘panas’ termasuk penubuhan parti baharu oleh bekas pemimpin-pemimpinnya. Satu tugas yang diakui beliau sebagai amat berat, lebih-lebih lagi PRU14 bakal menjelma bila-bila masa dalam tempoh setahun setengah ini.

Ikuti perkongsian Ahmad Zahid dalam wawancara bersama Editor Sinar Harian, Khairul Amri Yasin, Penolong Editor Sinar Online, Mohd Fazli Zainul Abidin, wartawan, Siti Nursyahidah Abu Bakar dan jurufoto, Afiq Razali.

PAU 2016 paling penting sebelum PRU14. Bagaimana momentum ahli parti jika mengambil kira keadaan politik hari ini yang banyak menekan Umno?

Momentum yang kita rasai di semua peringkat menunjukkan cabaran dan kekangan semakin hangat.
Namun, dengan beberapa kaedah untuk merapatkan barisan di akar umbi membawa ke peringkat tertinggi kepimpinan melihatkan bahawa kesiap siagaan ahli Umno meningkat berbanding PRU lalu.

Apatah lagi apabila terdapat mantan pemuka kanan yang pernah memegang jawatan dalam kepimpinan Umno itu kini berada di luar gelanggang. Kita tahu bahawa mood yang ditunjukkan itu agak berbeza dalam PAU kali ini namun kita telah mengadakan beberapa pengubahsuaian terutamanya dalam memberikan usul kepada ucapan presiden.

Apatah lagi usul-usul melibatkan soal agama, pendidikan dan ekonomi. Kami merasakan apabila Umno semakin terasak, kita dapat merungkaikan beberapa isu dengan mendekati khalayak melalui kaedah komunikasi yang pada hemat kami telah disesuaikan.

Datuk Seri yang menjalankan tugas timbalan presiden akan merasmikan perhimpunan sayap parti. Apakah harapan Datuk Seri kepada mereka untuk membawa usul PAU nanti?

Tugas ini hanya satu kesinambungan kerana sebelum ini pun ketiga-tiga naib presiden telah diberikan tanggungjawab untuk membantu presiden dan timbalan presiden. Kami berada dalam jawatankuasa pengurusan untuk mengendalikan urusan harian parti dan juga bagi pengendalian PAU. 

Tanggungjawab ini adalah sesuatu yang lazim dilakukan oleh saya sebelum ini. Cumanya secara dekat kini saya dapat membantu presiden parti untuk merealisasikan sebarang bentuk gerak kerja yang ditetapkan oleh kepimpinan parti.

Turut jadi tumpuan ialah isu kerjasama Umno dengan Pas. Bagaimana isu ini akan menjdikan PAU 2016 lebih unik?

Menjadi satu kelaziman dari segi liputan media dan pemerhatian oleh khalayak di luar Dewan Merdeka, segala ucapan yang dilontarkan oleh sayap-sayap, timbalan presiden dan juga presiden malah ucapan penggulungan pemuka Umno yang pegang portfolio kementerian tidak hanya kepada perwakilan atau ahli Umno.

Ia juga merungkai terutama dari segi penjelasan kepada masyarakat di Malaysia keseluruhannya. Soal kerjasama dengan sebuah parti Islam, ia bukan suatu kerjasama politik atau tahaluf siyasi.

Tetapi, ia satu tabayun siyasi iaitu satu usaha pencerahan atau kristalisasi terhadap isu-isu yang berkait soal Islam, ummah dan masyarakat Melayu keseluruhannya.

Di dalam hal ini tentunya kesefahaman untuk proses menterjemahkan tabayun ini berjalan dengan baik dan ia merupakan satu pendekatan baharu yang selama ini tidak diperoleh oleh kerajaan atau mana-mana parti politik.

Adakah akan ada slot khas untuk perjelaskan tabayun ini atau wakil Pas akan dijemput ke PAU kali ini?

Tabayun ini tidak semestinya menjemput mereka ke PAU 2016. Tetapi, kami telah memulakan beberapa usaha sebelum ini dan secara rasminya kerajaan telah menjemput semua ahli parlimen Islam termasuk dari Pas untuk melakukan penjernihan terhadap RUU355.

Perkara ini dilakukan bukan khusus kepada usul persendirian yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi bagi hemat saya pencerahan harus dilakukan dalam kalangan ahli-ahli parlimen Islam terlebih dahulu kerana kalau kita berbeza pendapat ia harus dibuat di luar kerangka perbahasan terbuka di Dewan Rakyat.

Tetapi, kita hendaklah bersetuju untuk tidak bersetuju dan bersetuju untuk bersetuju. Dalam kalangan ahli parlimen Islam, ia dilakukan sebagai satu proses kristalisasi yang saya sebutkan tadi.

Umno terutamanya presiden diserang secara agresif oleh pakatan pembangkang mencakupi pelbagai isu. Bagaimana Datuk Seri memberi semangat kepada ahli dan presiden dalam menghadapi serangan tersebut?

Serangan bukan saja dalam bentuk peluru politik, ia telah menjadi lebih besar dengan mortar-mortar isu yang ditembak bukan hanya kepada presiden. Malah, kita lihat bahawa peluru berpandu isu yang pelbagai bentuknya ini turut ditujukan kepada Umno keseluruhannya.

Sebagai orang yang diberi tanggungjawab untuk membantu, saya melakukan usaha untuk turun ke bawah.

Bukan hanya melakukan penjelasan mengikut komunikasi bersemuka, tetapi melalui beberapa pendekatan terutamanya dalam memastikan penyaluran maklumat ini sampai kepada khalayak khususnya golongan sasaran.

Apatah lagi dalam dunia tanpa sempadan ini kita tidak boleh gunakan sistem tradisional dalam mendekati khalayak. Dalam kapasiti saya tentunya saya akan gunakan segala ruang yang ada bukan hanya melakukan penjernihan terhadap isu-isu berkenaan tetapi mencari jalan dan pendekatan untuk mengatasinya.

Biarpun agak berat namun kita boleh menghadapinya kerana suara rakyat adalah suara keramat dan persepsi yang negatif atau kabur bukan hanya perlu diperjelaskan, tetapi dicari jalan penyelesaian.
Tetapi, pendekatan Umno dalam media sosial masih perlahan berbanding pembangkang...

Saya bersetuju dengan analisis itu tetapi usaha-usaha berstruktur harus diadakan kerana kita lihat soal kredibiliti pada propaganda seteru politik itu dapat lebih kepercayaan kerana tembakan kepada budaya kebencian sebenarnya telah melekat di minda majoriti khalayak.

Kelemahan di dalam menangani permasalahan ini memang jelas dari perolehan dokongan dalam PRU sebelum ini. Namun, tidak mustahil jika waktu yang singkat ini digunakan untuk mengubah struktur dan pendekatan bagi menggunakan sepenuhnya metodologi komunikasi tanpa lisan dengan pengaruh media dari alam maya untuk digunakan secara selaras antara banyak medium atau perantara media maya yang memang wujud dalam kalangan aktivis kami tetapi tidak selaras sebagaimana cybertroopers yang berada di luar gelanggang kerajaan Umno dan BN.

Jika diberikan skala dari 1 hingga 10, setakat mana kemampuan media sosial Umno?

Mungkin hanya berada di skala 5. Saya fikir masih terlalu banyak ruang untuk kita mencapai ke tahap sekurang-kurangnya 9.5 (peratus). Untuk memperbaikinya, ia harus bukan hanya mengikut acuan yang dilakukan oleh mereka yang berada di luar gelanggang tetapi mungkin ada beberapa pendekatan untuk menggunakan kaedah big data bagi melakukan analisis dan kaedah yang tidak lagi menggunakan pendekatan fire-fighting lagi.

Bagaimana tumpuan parti kepada negeri-negeri yang mempunyai sokongan besar terhadap bekas pemimpin utama seperti di Johor, Kedah dan Sabah?

Saya memerhati dengan dekat perkembangan di ketiga-tiga negeri berkenaan. Kita tidak tolak pengaruh mereka dan dalam masa sama DNA Umno dan BN hendaklah merapatkan barisan kerana kita tidak boleh terlepas daripada DNA ini biarpun hati mereka menyokong BN tetapi tidak munasabah jika kertas undi di tangan mereka tetapi mereka berubah angin.

Adakah ancaman kepada Umno kuat atau sekadar berlalu begitu sahaja?

Ancaman kepada Umno memang kuat bukan hanya menjelang PRU14 tetapi pada PRU lalu. Kita pernah menghadapi masalah sama pada 1987 dan 1988 apabila Umno terbelah. Ketika pilihan raya pada 1990, BN masih menang.  

PRU 1999 juga ada masalah sama kerana 1998 kerana kita hadapi pengaruh yang tak kurang besarnya di luar kerana gelombang itu dibawa oleh mereka yang pernah berada dalam kepimpinan Umno sebagai orang nombor dua. Namun, kita masih boleh mengekalkan pengaruh untuk menggamit sokongan daripada rakyat.

Tetapi, gelombang 'serangan' zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim amat berbeza. Boleh atau tidak dikatakan gelombang ketika Tan Sri Muhyiddin hanya kecil.

Kita tidak boleh memperkecilkan gelombang kecil atau besar. Jika tidak ada tebatan banjir politik atau penahan ombak yang lebih kukuh maka ia akan jadi gelombang yang lebih besar. Maka, saya tidak mengambil sikap untuk melakukan sindrom penafian tetapi kita mesti mengambil tindakan yang lebih proaktif dan tidak defensif untuk memastikan tebatan banjir tidak runtuh dan juga tebatan gelombang politik itu tidak hancur disebabkan gelombang yang datang bertubi-tubi.

Sebagai naib presiden yang menjalankan tugas orang nombor dua, sejauh mana hubungan Datuk Seri dengan presiden untuk membincangkan masalah parti dan kerajaan ketika ini?

Saya mempunyai chemistry yang begitu lama dengan perdana menteri kerana kerjaya politik saya dalam kerajaan bermula pada 1 Oktober 1987 apabila saya dilantik sebagai setiausaha politik beliau.

Satu tempoh yang panjang ini mungkin memudahkan kerja-kerja saya untuk membantu beliau bukan sekadar perbincangan, tetapi juga dalam melaksanakan hasil perbincangan dan keputusan yang dibuat sama ada dalam parti atau melalui jemaah.

Apa yang saya terjemahkan dari perjalanan yang panjang ini mungkin saya  kerap kali tidak perlu merujuk keputusan-keputusan kecil kepada beliau sebaliknya saya sendiri lakukan. Tetapi keputusan-keputusan besar sudah tentunya saya harus merujuk kepada beliau terutama isu-isu melibatkan perkara sensitif dan memerlukan keputusan muktamad daripada beliau.

Menjelang PRU14, pembangkang gempita dengan strategi satu lawan satu dengan BN. Jika ini berlaku, apa nasib Umno?

Kita tidak perlu membuka strategi kepada umum kerana jika dikongsi bersama ia bukan lagi satu strategi.

Oleh demikian sebagai sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi tentunya jika lebih ramai menawarkan diri maka lebih meriah sesuatu pesta politik terutamanya dalam PRU.

Ia bergantung sama ada jika Mursyidul Am Pas, Ustaz Hashim Jasin dalam pandangannya memperlihatkan bahawa secara idealistiknya, satu lawan satu adalah kaedah terbaik. Kita tidak boleh sekat Pas daripada bertanding di kerusi yang mereka fikir boleh menang dan hak mutlak mereka.

Datuk Seri ada menyatakan bahawa pemilihan calon BN pada PRU14 tidak lagi akan dibuat berdasarkan kuota parti komponen sebaliknya memilih calon boleh menang. Maknanya, lebih banyak muka baharu dan tiada lagi  calon kitar semula akan diketengahkan?

Itu hanya merupakan satu pandangan yang dapat saya kutip apabila saya berjumpa akar umbi. Namun, dasar kesamaan dalam BN harus dihormati. Tentunya kita melaksanakan konsep berkongsi kuasa cuma rakan-rakan kita dalam BN hendaklah terus bersama-sama dengan jentera parti khususnya Umno yang menjadi tulang belakang kepada BN. Mereka hanya menang di kawasan-kawasan yang dikendalikan oleh Umno.

Mereka tidak dapat mengaut semula pengaruh politik di kawasan-kawasan yang diwakili oleh kaum lain. Tentunya ini turut meresahkan kepimpinan Umno namun kita tidak menolak bahawa kaedah konvensional itu harus difikirkan, mungkin ada beberapa kaedah bagi penyelesaiannya.

Komponen BN ada membuat ugutan tarik diri, letak jawatan dalam Kabinet berhubung isu RUU 355.  Apa nasihat Datuk Seri?

Saya lihat prestasi mereka (parti komponen) menurun di mana MCA meletakkan 15 calon tetapi yang menang tujuh. MIC pula mengekalkan kerusi yang diperoleh. Manakala Gerakan mendapat tiga kerusi dan satu lagi kerusi dalam PRK.

Sebagai Naib Presiden Umno, saya rasa tidak perlu ugutan sebegitu dijadikan pendekatan untuk mengekang perjalanan lancar sebuah badan induk yang menjadi tulang belakang kerajaan sekarang. Kita maklum bahawa parti yang bergabung dalam PR dahulu pun menghadapi ugutan dan masalah yang sama. Saya juga dapat menelah Pakatan Harapan juga tentu akan menghadapi masalah yang lebih besar apabila pengagihan kerusi-kerusi dilakukan.

Pada PRU13, pembangkang memainkan isu pengundi Bangladesh. Untuk PRU14 pula, sudah ada isu kononnya pekerja China dibawa masuk ke Malaysia sehingga 300,000 orang bagi memastikan kemenangan BN. Apa komen Datuk Seri?

Sudah terbukti isu pengundi hantu daripada Bangladesh itu satu pembohongan. Saya telah semak rekod, ia bukan saja satu pembohongan malah tiada rakyat Bangladesh yang diberikan kewarganegaraan untuk membolehkan mereka jadi pengundi.

Tetapi persepsi yang buruk ini telah dipercayai dan pembangkang berjaya menjadikannya satu pembohongan yang tidak berasas. Mereka telah cuba mengulangi pembohongan ini kononnya rakyat China akan mengundi di sini. Saya sebagai Menteri Dalam Negeri sangat mengetahui tidak mudah untuk jadi penduduk yang diberikan pas residen apatah lagi tahap penduduk tetap. Jauh lebih sukar untuk diberikan kewarganegaraan kerana kita tertakluk dengan perkara-perkara dalam perlembagaan. 

Terima kasih kerana ini satu strategi yang baik dan taktikal daripada pembangkang untuk membohongi rakyat dan saya akan tangani masalah ini dan saya yakin rakyat tidak akan terus hanyut dengan pembohongan ini.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah disiasat atas dakwaan menerima bantuan kewangan dari George Soros. Ada sesetengah pihak kata BN pun ada terima duit orang luar. Bagaimana dengan persepsi itu?

Dana yang datang daripada Open Society Foundation jelas disanggah oleh masyarakat Amerika Syarikat (AS) sendiri apabila kumpulan yang anti kepada kemenangan Donald Trump dan kita tahu pembiaya kepada yayasan itu mempunyai maksud peribadi untuk meruntuhkan sistem yang ada dan untuk menafikan kemenangan mutlak atas pilihan majoriti rakyat AS.

Akhir-akhir ini Sarawak ada menyuarakan pelbagai isu berkaitan negeri itu seolah-olah mahu mendesak perdana menteri. Ada yang melihat ia akan menyebabkan Kerajaan Persekutuan hilang kuasa terhadap Sarawak. Bagaimana kerajaan mengatasi isu ini?

Perdana menteri telah berjanji untuk menyelesaikan perjanjian dalam pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963. Proses untuk mengulang kaji perjanjian itu sedang dijalankan dan saya fikir ia dapat diselesaikan dalam semangat kekeluargaan antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Ramai yang berpandangan jika Umno ingin pulihkan kembali pengaruhnya, Datuk Seri Najib harus berundur. Adakah Datuk Seri bersetuju?

Pada 1987, berlaku penolakan pada peringkat kepimpinan kerajaan dan parti. Pada 1988, Umno diharamkan. Tetapi apabila imej dengan penjenamaan kredibiliti baru pada tahun-tahun berikutnya maka dalam PRU 1990 jelas BN dapat sokongan majoriti.

Kita lihat dalam PRU berikutnya, BN masih menang hingga apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi ambil alih parti dan kerajaan PRU yang diketuainya memperlihatkan pencapaian paling cemerlang dalam sejarah PRU di negara ini. Kita merasakan sesuatu harus dilakukan untuk pertahankan institusi kepimpinan dan walaupun pemimpin-pemimpin sebelum itu menghadapi penghakisan kepercayaan, namun usaha dalaman perlu dilakukan hingga kejayaan dapat didakapi oleh Umno dan BN.

1 orang berkata:

Master Sgp said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((_082 313 669 888_)))insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya

tapi tidak ada satupun yang berhasil..




>
KLIK DISINI



Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu

anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:

butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO

MAGNUM / dijamin

100% jebol

Apabila ada waktu

silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: (((_082 313 669 888_)))


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.