Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

majlis agama islam negeri lain TIDO ?

Maij sokong usul RUU355
Noh Gadut

JOHOR BAHRU - Majlis Agama Islam Johor (Maij) menyokong sepenuhnya usul RUU 355 bagi tujuan kemaslahatan dan kesejahteraan ummah.

Penasihatnya, Datuk Noh Gadut berkata, ia bukan sahaja dapat memartabatkan Islam, tetapi turut memberi keinsafan supaya mengawal umat Islam lebih istiqamah.

Menurutnya, RUU 355 juga beri manfaat kepada orang bukan Islam dalam soal menjaga ketenteraman.

“Saya sokong perkara ini kerana ia menegakkan keadilan, yang mana kelakuan jenayah dihukum setimpal, sekali gus mengawal orang Islam supaya berpegang teguh kepada agama.

“Ia juga memperkasa undang-undang syariah dan turut jamin hak kepada bukan Islam yang mana Islam tidak pernah memaksa kepada orang Islam sebaliknya ia dapat memberi keinsafan kepada umat Islam.

“Bukan setakat perkara enakmen sahaja, tetapi bangunan mahkamah syariah juga perlu diperkasa dan diberi keistimewaannya supaya setanding dengan mahkamah sivil. Pada pandangan saya, ia tidak memberi kerugian kerana orang bukan Islam boleh mendapat nikmatnya,” katanya sempena Majlis Ijtima’ Amil Agihan Zakat Maij yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Maij, Md Rofiki A Shamsudin.

Hadir sama, Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin. Justeru, Noh menggesa agar ahli parlimen menyokong usul tersebut tanpa mengira pegangan parti politik masing-masing. 

“Kepada ahli parlimen khususnya yang beragama Islam, janganlah fikir soal politik, yang penting perkasakan agama Islam.

“Bagi yang bukan Islam pula perlulah memberi sokongan kerana ia menjamin dari segi ketenteraman,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.