Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALO 30% WANITA TAK LEH JADI PI EM, KALO 40% BARU LA BOLEH LAWAN !

Puteri cadang beri 30 peratus calon muda tanding PRU14
Mas Ermieyati Samsudin
Mas Ermieyati Samsudin

KUALA LUMPUR - Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mencadangkan agar memberikan sekurang-kurangnya 30 peratus kepada calon orang muda pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurutnya, beliau telah berbincang dan bersepakat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengenai perkara ini.

"Kami sudah berbincang dan bersetuju untuk memperjuangkan perkara ini," katanya sewaktu ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Tambahnya lagi, terdapat satu kajian menunjukkan bahawa calon muda menyumbang 60 peratus  kepada kemenangan dalam PRU.

"Berasaskan kajian tersebut, calon muda tersebut haruslah disukai ramai dan berkredibiliti.
"Selain itu, calon itu haruslah diletakkan di kawasan yang cenderung dengan anak muda untuk mendapatkan peluang menang lebih mudah," katanya lagi.

Menurutnya lagi, cara tersebut menghantar isyarat jelas bahawa Puteri Umno faham kehendak dan aspirasi golongan muda.

"Kita bukan sahaja meremajakan parti tetapi memahami dan berada selari dengan kehendak dan aspirasi golongan muda," katanya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.