Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PATUTNYA HUKUMAN SEKURANG-KURANGNYA 6 BULAN PENJARA TANPA DENDA

Hukuman kasari penguatkuasa MBSA terlampau ringan
Mohamed Apandi Ali
Mohamed Apandi Ali

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap hukuman mahkamah yang dijatuhkan ke atas suami isteri yang mengasari anggota penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata ini kerana ia berpandangan hukuman ke atas Lor Ka Hoo dan Tan Sit Fun iaitu penjara 14 hari dan denda RM3,000, dan jika gagal membayar denda dipenjara tujuh hari, adalah terlampau ringan berbanding kesalahan yang dilakukan.

Rayuan terhadap hukuman itu difailkan pada hari sama hukuman dijatuhkan iaitu Jumaat lalu, katanya dalam kenyataan hari ini.

"Walaupun kedua-dua tertuduh telah mengaku bersalah, namun hukuman yang setimpal hendaklah dikenakan demi memberi pengajaran kepada mereka di samping menjadi teladan kepada yang lain agar tidak melakukan perbuatan sama," katanya.


Mohamed Apandi menegaskan Jabatan Peguam Negara amat memandang serius perbuatan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.

Perbuatan sedemikian, katanya, merupakan kesalahan jenayah yang diperuntukkan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Lor, 35, dan Tan, 30, mengaku salah menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa, 23, ketika pegawai itu mengeluarkan saman ke atas sebuah kenderaan di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Khamis lalu.

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan pergaduhan antara kedua-dua pihak menjadi viral selepas video berdurasi dua minit 10 saat tersebar di laman sosial. - Bernama

10 orang berkata:

Anonymous said...

elok la tu biar otak dia cair sikit..
nasib pas dah x kawan dap kalo x mau terkencing2 dia backup pasal dap pun backup kes ni..

Hamba Allah said...

PAS ni ramai peminat rupanya...benda yg xsangkut paut dgn PAS pun tetap PAS yg dipersalahkan...

Anonymous said...

khalifah umar abd aziz pas bersuara backup cina tu..apa yg x sangkut pautnya..pas tolong canang kekhalifahan umar abd aziz mereka serata pelosok malaysia dlu hingga terbit la rasa malu di hati ni.sebagai sesama sedara ni..malunya la hai..di tolong canang2kan serata alam hehe

Anonymous said...

Pas ramai peminat?
Wakakakakaka

Anonymous said...

Khalifah umar abdul aziz jgn nak samakan dgn lebai. Sebesar zarah pun tak sama. Baginda x guna duit cikgu skolah agama, tak jual balak, apatah lagi terima royalti drp projek mahupun dedak. Beza baginda dgn lebai mcm langit ketujuh dgn bumi lapis ke tujuh!!

Anonymous said...

Pak karamu, nak mintak tolong sikit, nak mintak nasihat; apa hukuman yg sesuai utk lebai bodoh dari marang yg berkali kali kena tipu?? Penjara 6thn ok tak? ehh! jap.. BODOH ni kira kesalahan jenayah atau tak?

Anonymous said...

Sebab itulah org bukan Islam menyampah dgn pemimpin kerajaan yg mengaku Islam terutama pegawai pengampu mcm AG ni. Kesalahan sepasang suami isteri tu bukanlah serius sgt dibandingkan dgn geng baju merah yg pukul & terajang org bersih5 dulu. Kenapa sampai skrg tiada tangkapan & tindakan??? Pemakan dedak & pengampu ni sebabkan Islam dipandang hina oleh bukan Islam. Sedih!!! disebabkan kelaku mereka ni bukan Islam semakin jauh dari Islam. Islam rosak disebabkan perbuatan/perangai pengikutnya, bukan Islam itu sendiri yg merosakkan.

Anonymous said...

biarlah org bukan islam menyampah,dia nak nyampah sampai tahap kencing dia keluar darah pun bialah..ape kene mengena ko pulak yg mcm kene demam panas ni?huhu..yg baju merah terajang bersih tu masih x kena jel tu kalo hal tu terlalu mendalam sedihnya menyentuh hati ko,ko watla upacara mengingati perkara tu setahun sekali..sampai je tarikh tu ko berkabung..hehehe..ko catitla dlm kelender tarikh tu hihihi

Anonymous said...

Kalo dah terbukti salah hukum je le. Tak kiralah walau dia lebai berserban 5kilo sekalipun.

cass said...

hukuman kena lebih berat lg...sbb dari paparan video...kita boleh lihat beberapa kesalahan yg dilakukan oleh suami isteri tu...yg jelas ada berlaku pencabulan...knp tak charge bawah akta mencabul...lama sikit hukuman...patut kenakan hukuman kaw kaw...baru bangsa cina ni sedar diri sikit...cuba kalau bangsa mereka yg kena...berasap berapi mereka lawan mereka bangkang...segala akta mereka keluarkan...sistem perundangan yg masih longgar dan perlu dilihat semula.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.