'Debat untuk satukan ummah'
SHAH ALAM - Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk
Hussamuddin Yaacub menyatakan program Perdebatan Hujah Isu Kalimah
ALLAH adalah untuk mencari titik persamaan dikalangan pemimpin yang
mempunyai perbezaan pendapat.
Menurutnya, platfrom yang Sinar Harian sediakan adalah satu perbincangan ilmiah yang bukan berlandaskan emosi untuk mencari persamaan dalam sesuatu isu termasuk isu kalimah ALLAH.
"Jadi, peranan Sinar Harian, kita berharap untuk satukan ummah, jadi sebab itulah Sinar Harian sekarang kita mulakan, pertama memberi ruang untuk pendapat yang berbeza dalam satu tempat.
"...jadi kita baca hal pembangkang dan pemerintah dalam satu (akhbar), di mana kami rasa pembaca sudah matang untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk, kemudian kita cari titik penyatuan itu.
"Itu sebab kami adakan banyak program, malah esok kita ada satu debat atau satu perbincangan ilmiah tentang kalimah ALLAH.
"Fasal kadang-kadang orang takut nak berbincang, malah apa yg berlaku di Malaysia hari ini, kalau seseorang ada pendapat, orang lain bagi pendapat dia 'kondem' habis-habis pendapat itu, sepatutnya dia kena duduk bincang dan cari persamaan itu," katanya pada kuliah Subuh, program Imarah Masjid, hari ini.
Tambahnya, perbezaan pendapat di kalangan kaum Melayu khususnya yang menjadikan ianya semkain berpecah turut menjadi salah satu faktor syarikat swasta itu menyediakan platfaorm untuk berhujah dan mencari penyelesaiannya.
"...polisi kami di karangkraf adalah meraikan perbezaan pendapat, sebab itu kita bentangkan, sebab itu kami buat debat wacana, kita buat macam-macam forum kerana kami merasakan orang islam dan orang Melayu ini sudah cukup berpecah, kerana perbezaan orang Melayu yang sedikit-sedikit kita besarkan, yang remeh dan temeh itu kita besarkan yang besar itu kita remehkan itu yg saya rasakan dengan rezeki yang ada pada Karangkraf sekarang, apa hasrat kami adalah kami akan tumpukan untuk menyatukan ummah," jelasnya.
Semalam, media melaporkan Abim mendesak akhbar Sinar Harian membatalkan wacana perdebatan isu kalimah ALLAH yang akan berlangsung pada Isnin ini kerana pertikaian isu masih belum didengar di peringkat Mahkamah Persekutuan.
Setiausaha Agung Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata wacana Sinar siri ke-26 yang menggunakan pendekatan perdebatan itu tidak akan dapat menyelesaikan polemik kalimah Allah kerana isu tersebut seharusnya dibincangkan oleh kumpulan ilmuan yang sentiasa berlapang dada dan mengambil pendekatan bersederhana.
“Abim menyerahkan surat kepada Sinar Harian untuk menyarankan agar penganjuran debat tersebut dibatalkan.
“Kami menilai perdebatan yang melibatkan dua tokoh politik tidak akan memberi sebarang jalan penyelesaian bahkan bertambah buruk apabila isu yang bersifat teologi akan diheret kepada perkara yang lebih sensitif melibatkan perundangan dan institusi raja,” katanya.
Dalam pada itu, Hussamuddin juga berkata Sinar Harian turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai perbezaan pendapat untuk bersama berbincang dan berhujah secara ilmiah.
"...sebab itulah siapa pun ada perbezaan pendapat, kami alu-alukan dia ke Karangkraf (Sinar Harian) tetapi kena duduk berdebat, berbincang dan berhujah secara ilmiah, bukan secara emosi.
"Itu yang budaya Sinar Harian cuba bawa," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment