26/01/14
Teguran PAS pada Azmin, Khalid: Henti bertelagah
Pemuda
PAS hari ini menegur pertelagahan dalaman PKR melibatkan Timbalan
Presiden Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim,
yang disemarakkan dengan isu berkaitan Perbadanan Kemajuan Negeri
Selangor (PKNS).
Ketuanya Suhaizan Kaiat (kiri)
berkata, ia harus ditamatkan segera kerana memberi gambaran negatif
terhadap imej kerajaan Pakatan Rakyat dan tidak sedikit pun memberi
manfaat kepada rakyat Selangor.
“Di saat rakyat Malaysia sedang dihimpit kesempitan kos sara hidup
akibat tata kelola serta urus tadbir negara yang tiris dan penuh rasuah
oleh kerajaan Umno/BN, perbalahan yang berlaku di Selangor tidak sedikit
pun membantu apa-apa,” katanya.
Dalam kenyataannya hari ini, Suhaizan berkata,kerangka politik perebutan
kuasa dan perbalahan berpanjangan tidak signifikan sama sekali, yang
menurutnya seperti diamalkan Umno dan BN selama ini.
“Teguran ini bukan soal pemuda PAS ingin 'menjaga tepi kain orang'
tetapi menjadi tanggungjawab kami sebagai komponen dalam Pakatan untuk
mengutarakan nasihat dan teguran ke arah memastikan survival jangka
panjang kerajaan negeri ditadbir Pakatan serta kemaslahatan rakyat,”
katanya.- mkini
0 orang berkata:
Post a Comment