Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APAKAH YANG NAK DIKECUTKAN !

UMNO JANGAN BIMBANG, DEKAT PILIHANRAYA NANTI TABOR LA BRIM LAGI DAN LAGI, ORANG KITA MELAYU BILA DAPAT SIKIT UMPAN KEMUDIAN SIKIT URUT BELAKANG OLEH CALON MAKA MEREKA PASTI UNDI BN LAGI, DEMIKIAN LA KESAH BANGSA MELAYU- Pak Karamu

26 Januari, 2014

Umno Makin Kecut Perut.. Ini Buktinya

Umno Selangor berpendirian kerajaan harus diberi peluang untuk membuktikan kemampuan mereka mengawal harga barangan.

Menurut Setiausaha Umno Selangor Datuk Johan Abd Aziz, masih terlalu awal untuk meramal bahawa Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang kerana kemarahan rakyat ekoran kenaikkan harga barangan.


“Saya lihat kita dalam proses di mana BN ada mengambil langkah-langkah untuk mengawal harga barangan.“Kita tak boleh terlalu awal untuk meramal bahawa BN akan kalah kerana kenaikkan harga barangan ini,” katanya apabila dihubungi FMT hari ini.

Menurutnya lagi, peluang harus diberikan supaya langkah-langkah diambil BN ini membuahkan hasil.

“Kita harus beri peluang kepada yang berhormat Perdana Menteri Daruk Seri Najib Tun Razak, dengan langkah-langkah beliau ambil seperti mewujudkan makmal dan kajian-kajian yang dijalankan.

“Ada tindakan yang kita ambil, bukan tiada tindakan langsung. Macam mula-mula kita beri amaran kepada pembekal dan peniaga supaya tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya. Kini kita dah mula ambil tindakan kepada mereka-mereka yang berdegil, jadi ini menunjukkan kita memang berusaha dalam mengawal harga barangan,” jelasnya lagi.

Johan, Adun Semenyih mengulas mengenai ramalan bekas bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang meramalkan BN akan kalah sekiranya pilihanraya diadakan ketika ini kerana rakyat marah kepada BN berikutan isu kos sara hidup.

Kenyataan Daim itu turut disokong oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata kenyataan Daim tersebut berasas.

“Memang kenyataan Tun Daim itu berasas. Tapi kita kini dalam proses penambahbaikkan, jadi bagi kita jalankan tugas kita terlebih dahulu,” tambah Johan lagi. ~fmt

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.