DEBAT KALIMAH ALLAH KABUR, PERBINCANGAN SECARA ILMIYAH , OK , KEMUDIAN PERDEBATAN HUJAH BERDASARKAN PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG ? UNDANG-UNDANG NEGARA ? ATAU UNDANG-UNDANG TUHAN ? JIKA UNDANG-UNDANG NEGARA APAKAH IA MENEPATI ILMIYAH AGAMA ? ATAU ADAKAH AHLI PANEL MAMPU BERHUJAH TENTANG TAJUK DEBAT ITU ? PADA PANDANGAN PAK KARAMU DEBAT INI BERDASARKAN ILMIYAH AKIDAH , HENTAM AJE LAAA ! - Pak Karamu
Debat kalimah ALLAH diteruskan, jamin terkawal
SHAH ALAM - Susulan desakan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) untuk
membatalkan program Perdebatan Hujah Isu Kalimah ALLAH, Pengarah
Eksekutif Sinar Harian, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi menegaskan, program
itu akan tetap diteruskan seperti yang dijadualkan.
Menerima baik pandangan Abim itu, Akmal Eifran menerusi satu kenyataan berkata, perdebatan kali ini bagaimanapun akan diadakan secara tertutup, tidak seperti kebiasaannya.
"Kita maklum akan kegusaran yang timbul. Oleh kerana itulah Sinar Harian mengambil langkah-langkah awal agar majlis itu berlangsung dengan lancar tetapi terkawal.
"Kami juga percaya kedua-dua ahli panel yang terlibat iaitu YB Datuk Seri Noh Omar dan YB Khalid Samad akan mengupas kontroversi itu daripada sudut perundangan," ujar beliau.
Garis panduan perdebatan juga sudah dimaklumkan kepada ahli panel dan moderator, tambahnya.
Tegas Akmal Eirfan, Sinar Harian mahu terus kekal menjadi medium dalam memastikan isu yang melibatkan kepentingan awam dibincangkan secara ilmiah untuk kepentingan bersama.
Ia termasuklah dalam isu kalimah ALLAH ini yang akan dikupas dari sudut perundangan.
"Kami ingin jadikan Sinar Harian sebagai satu platform persamaan di mana perbincangan ini dibuat secara ilmiah dan percaya kematangan masyarakat untuk menerima hujah-hujah secara intelektual," ujar beliau.
Program Wacana Sinar Siri-26 yang bertajuk “Perdebatan Hujah Isu Kalimah ALLAH Dari Perspektif Undang-Undang” akan diadakan pada Isnin, 27 Januari bertempat di Auditorium Komplek Kumpulan Media Karangkraf, di sini.
Program menampilkan panelis jemputan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad dan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.
Sementara moderator yang dijemput bagi mengendalikan program ini ialah Prof Madya Dr Sham Rahayu Abd Aziz, seorang pensyarah dan pakar undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

0 orang berkata:
Post a Comment