Bezakah ALLAH di Semenanjung dengan Sabah Sarawak?
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini
mempersoalkan kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed
semalam yang mengesa kerajaan mengembalikan keputusan asal membenarkan
kalimah ALLAH dalam Bible berbahasa Melayu digunakan oleh penganut
Krisitian di Sabah dan Sarawak sahaja.
Beliau juga menyifatkan pendirian Mahathir itu sebagai tidak konsisten
apabila cuba membuat pusingan U kenyataannya sedangkan kebenaran itu
turut telah termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan
Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor pada 1988, iaitu ketika
beliau menjadi perdana menteri lagi.
“Adakah ALLAH di Semenanjung berbeza dengan Sabah dan Sarawak? Apa
logiknya, saya masih tidak memahaminya? Apa yang Tun Mahathir cakap itu
tidak konsisten, dekat Semenanjung tidak boleh, di sebelah sana boleh
pula.
“Perkara itu diluluskan ketika beliau perdana menterinya, saya fikir
peliklah tiba-tiba dia kata dekat Sabah Sarawak boleh, dekat Semenanjung
tidak boleh,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, larangan itu perlu bersandarkan kepada
hukum dan perundangan Islam dan ia tidak sepatutnya mengenakan larangan
tersebut mengikut kawasan tertentu sahaja melainkan untuk menjaga
kepentingan umat Islam.
“Kalau ia salah dari sudut undang-undang Islam, sepatutnya semua tempat
tidak boleh, kecuali ada sebab-sebab tertentu yang perlu diperjelaskan
atas kepentingan umat Islam tertentu di Semenanjung itu tidak boleh,
maka ia diharamkan atas sebab-sebab tertentu.
“Seolah-olah apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pun
tidak betul, bila benda jadi kelam kabut, orang Islam pun tidak tahu apa
sebenarnya hukum yang sebenar,” katanya lagi sambil menyifatkannya
sebagai percaturan politik yang dimainkan Umno-BN untuk kepentingan
mereka.
0 orang berkata:
Post a Comment