26 Januari, 2014
Panas!! Skrip Kes Bunuh Altantuya Didedahkan..
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin
percaya wujud perancangan bagi melenyapkan kes pembunuhan Altantuya
dengan ‘menghilangkan’ suspek utama kes itu.
“Bagi saya jelas, sejak kes tersebut dibicarakan sejak awal lagi ia
sudah dirancang skrip-skripnya. “Kita dapat lihat dari pembebasan Abdul
Razak Baginda yang juga terlibat dalam kes ini, kemudian dengan
perbicaraan yang jelas mencurigakan, sehingga proses rayuan terhadap
hukuman tersebut dijalankan.
Ini sudah dirancang dengan teliti bagi mendiamkan kes tersebut,” ujarnya ketika dihubungi. Abdul Razak Baginda, yang juga kenalan rapat perdana menteri dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya pada 2008 selepas mahkamah mendapati tiada kes prima facie.
Ia menjadi lebih aneh apabila pendakwaraya memutuskan tidak membuat rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.

Baru-baru ini, portal The Malaysian Insider melaporkan kehilangan
Koperal Sirul Azhar Umar, salah seorang daripada dua anggota polis yang
dituduh membunuh wanita berkenaan, selepas dibebaskan Mahkamah Rayuan
tahun lalu.
Menurut Chegu Bard, beliau sudah menjangkakan kes ini akan ditutup dan
dibiarkan begitu sahaja apabila Barisan Nasional menang pilihan raya
umum ke 13.
“Ini dilakukan kerana kes pembunuhan ini berkaitan dengan skandal
pembelian kapal selam, dan sebab itu kes ini perlu didiamkan,” tegas
beliau.
Menurutnya lagi, alasan bahawa suspek berkenaan yang didakwa hilang adalah dangkal dan tidak masuk akal.
“Kita tahu kemampuan pihak berkuasa mengesan dan menangkap individu yang
mereka kehendaki, ini jelas apabila ramai pemimpin dan aktivis rakyat
ditangkap di tengah jalan mahupun ketika sedang makan.
“Jadi alasan bahawa suspek telah hilang sememangnya tidak dapat diterima. Dia perlu ditangkap dan didakwa,” tegasnya. ~kd
0 orang berkata:
Post a Comment