Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 1 Januari 2014

Turun beri amaran kepada Najib

Mohd Sayuti Omar


Mungkin angka tidak penting untuk meletakkan kekuatan pada himpunan mendesak harga barang dan keperluan lain agar diturunkan yang berlangsung di Dataran Merdeka semalam. Ia boleh dianggarkan 10,000 atau 20,000 atau mencecah angka 50,000 orang peserta perhimpunan. Tegasnya himpunan bertema Turun semalam adalah satu lagi sejarah tersendiri untuk rakyat negara ini khasnya mereka yang berpartisipasi dengan acara itu.

Disebabkan himpunan semalam berlangsung dalam waktu malam, maka tidak ada kamera sesiapa dapat menjilat setiap tubuh yang hadir. Makanya para pemerhati boleh meletakkan berapa saja angka yang disukai. Daripada pihak penganjur Gerakan Turun Kos Sara Hidup, pasti berpuas hati dan mereka boleh dakwa jumlahnya melebhi 30,000.

Mereka juga perlu berasa bangga kerana kerahan melalui media baru Facebook, Twitter dan sebagainya itu berjaya. Himpunan semalam bukan digerak oleh mana-mana parti politik tetapi ia boleh dianggap usaha golongan muda Malaysia yang insaf. Satu usaha dan permulaan baru yang memberangsangkan.

Manakala dipihak kerajaan dan polis akan meremehkan dengan kehadirannya sekitar 10,000 orang sahaja.Paling ironis lagi ialah angka-angka yang akan diberikan oleh media PB, di mana jumlah sekitar 888 orang sahaja, termasuk tiga orang kanak-kanak. Haha....

Boleh jadi juga jumlah yang ramai itu terdiri daripada satu batalion askar dan pasukan polis kerana mereka ditugaskan untuk mengawal keselamatan keadaan kerana ada ura-ura keganasan akan dilakukan termasuk letupan bom bagi menggulingkan kerajaan. Sewajarnya pasukan keselamatan ditempatkan sebegitu ramai?

Sebelum itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) beria-ia meminta orang ramai agar jangan hadir kononnya himpunan itu akan diganggu dengan bom. Seorang yang didakwa mengaku untuk meletupkan Dataran Merdeka juga telah ditangkap pada siangnya sebagai membuktikan risikan polis memang ada anasir jahat yang iri hati dengan himpunan berkenaan dan ingin melakukan jenayah massa.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.