Tuesday, January 1, 2014
Adakah tahun baru ini boleh disifatkan sebagai "Happy New Year".....?
Salam sejahtera dan ucapan "selamat" menyambut tahun baru Era Lazim
2014. Ini adalah ucapan selamat yang terlalu lazim diucapkan apabila
menyambut kedatangan tahun baru. Ia adalah kata-kata biasa saja dan
dimana-mana saja.
Bagi mereka yang lebih berhidung tinggi untuk mengucap selamat dalam
bahasa Inggeris, mungkin ucapan lazim "Happy New Year" tidak berapa
sesuai untuk tahun 2014. Sudah pasti ramai yang tidak akan "happy"
apabila menghadapi kos belanja hidup yang semakin meninggi. Janji yang
kononnya ditepati telah ditolak tepi!
Ramai yang akan hilang kerja. Macam mana nak "happy"?
Apabila kos pengangkutan naik ekoran daripada penarikan balik subsidi
minyak, maka kesannya tidak boleh dikawal. Semua akan naik kecuali hujan
yang akan terus mencurah-curah turun sehingga mengakibatkan banjir.
Langkah 'kosmetik' yang diumumkan kerajaan bukan jawaban kerana ia tidak
melibatkan kocek atau kantong rakyat. Rakyat yang berpendapatan
sederhana ke bawah akan terus menghadapi pahit maung kehidupan sama ada
di bandar, pinggir bandar mahupun desa.
Rakyat pedih mata melihat anak menteri atau anak tiri Perdana Menteri
membeli hartanah terlampau mewah sama ada di dalam atau di luar negara.
Mereka bertanya dari mana si polan itu mendapat duit sebegitu banyak?
Bermacam andaian akan dibuat dan kesannya sudah pasti menimpa kerajaan
dan parti yang mentadbir negara.
Orang UMNOpun dah mula naik meluat dengan apa yang sedang berlaku. Lihat
saja komen Saudara Saifudin Abdullah, YB Nur Jazlan dan beberapa kerat
pemimpin pertengahan dan bawahan yang berani membuka mulut menegur
perkara yang patut ditegur. Datuk Seri Najib Tun Razak semestinya peka
dengan keadaan semasa. Usah dengar 'nasihat' kaki ampu yang sudah tentu
tidak ikhlas dan jujur dan yang hanya mementingkan kemewahan diri.
Rakyat dah muak dengan apa yang berlaku.
Oleh itu, saya tidak senang untuk mengucap selamat menyambut tahun baru
2014 kerana ia hanya akan menambah beban kos kehidupan kepada majoriti
rakyat.
0 orang berkata:
Post a Comment