Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APABILA ANGIN BERTIUP

18/10/14

Azmin nafi dipaksa tandatangan surat peletakan jawatan MB Selangor

 Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali nafi ada perjanjian dengan PKR Pusat berhubung pelantikannya sebagai menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Oktober, 2014.
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menafikan wujudnya perjanjian antara dirinya dengan PKR Pusat berhubung pelantikannya sebagai menteri besar Selangor.

Azmin ketika ditemui pemberita semasa program turun padang di Pelabuhan Klang menafikan kewujudan perjanjian tersebut dan menegaskan pelantikannya adalah keputusan parti.

"Tak adalah. Itu keputusan parti," katanya selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, hari ini.Penulis blog, Raja Petra Kamaruddin dalam tulisannya "Rafizi's real job as Sec-Gen" mendedahkan satu surat yang ditulis Setiausaha Agung PKR Mohamed Rafizi Ramli kepada Azmin.

Surat tidak bertarikh itu mensyaratkan PKR berhak memecat Azmin sebagai menteri besar Selangor jika didapati tidak mengikut arahan parti.

Surat itu ditujukan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda Nik Nazmi Nik Ahmad.

Namun, Raja Petra mendakwa Azmin sehingga sekarang tidak menandatangani surat perjanjian itu.

Surat melalui e-mel yang mengandungi cadangan Rafizi kepada Anwar itu bertajuk "Isu Selangor: Senario dan beberapa pertimbangan" bertarikh 19 September.

Pada tarikh itu, Rafizi masih lagi memegang jawatan pengarah strategi PKR, manakala setiausaha agung PKR ialah Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Antara kandungan surat itu menyebut "tidak boleh beri ruang untuk hantar nama kedua atau lain-lain".

Surat itu juga meletakkan syarat Azmin menggunakan kelebihan hubungannya dengan istana supaya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau Anwar berpeluang menghadap Sultan Selangor.

Syarat pertama itu dicadangkan Rafizi sebelum sokongan 30 majoriti dipindahkan kepada Azmin.

"Sebarang janji untuk memindahkan sokongan majoriti daripada PKR dan DAP itu hanya boleh dibincangkan sekiranya dia (Azmin) dilantik, bukan sebelum dia dilantik," kata surat itu.

E-mel itu juga mengemukakan cadangan sekiranya pada ketika itu Azmin dipilih menjadi menteri besar Selangor.

Antaranya, supaya Anwar membuat surat letak jawatan tidak bertarikh agar Azmin selamanya terikat dengan parti dan Dr Wan Azizah.

Rafizi juga dikatakan mencadangkan Anwar membuat persetujuan dengan Azmin mengenai pejabat menteri besar, lantikan parti dan kerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam mentadbir negeri.

"Jika dia melanggar mana-mana persetujuan ini, parti ada hak menukar dan meletakkan tarikh pada surat letak jawatan," katanya.

E-mel itu juga menyebut, parti hanya akan bermesyuarat untuk memberi sokongan kepada Azmin jika Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu bersetuju dengan syarat dikemukakan.

Penerima e-mel terbabit, yang beralamat anwar@dsaioffice.com, pada tarikh sama kemudian membalas cadangan itu dengan jawapan "Ok".

Rafizi juga sebelum ini pencetus ilham "Langkah Kajang" membuat percaturan Anwar menjadi menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menyelesaikan beberapa konflik, antaranya pergeseran Azmin dengan Khalid.

Namun, Anwar yang menghadapi risiko hukuman penjara memberi laluan kepada Dr Wan Azizah dengan meletakkannya sebagai wakil rakyat DUN Kajang.

Cadangan PKR dan DAP ditolak istana walaupun kedua-dua parti berkenaan berkeras mengemukakan satu nama.

Krisis itu reda apabila Khalid berundur secara rasmi pada 22 September dan Azmin pada keesokannya mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru.-TMI

3 orang berkata:

Anonymous said...

ha ha ha... PKR is always PKR .. ANWAR & AZIZAH & FAMILY ONLY

Anonymous said...

Ha ha pkr akan jd arwah,balasan diatas penghinaan terhadap pas aku cukup benci dengan pkr sekarang,hidup pas mampuskan pkrpkr dan kesombongannya

Anonymous said...

Ada2 sja penyakit dlm pkr nih,biasanya kalau bnyk sangat penyakit tu,alamat nk mati,hidup pas!!! -bukit bidang selising

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.