18/10/14
Azmin nafi dipaksa tandatangan surat peletakan jawatan MB Selangor
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali
menafikan wujudnya perjanjian antara dirinya dengan PKR Pusat berhubung
pelantikannya sebagai menteri besar Selangor.
Azmin ketika ditemui pemberita semasa
program turun padang di Pelabuhan Klang menafikan kewujudan perjanjian
tersebut dan menegaskan pelantikannya adalah keputusan parti.
"Tak adalah. Itu keputusan parti,"
katanya selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan
Klang, hari ini.Penulis blog, Raja Petra Kamaruddin dalam tulisannya
"Rafizi's real job as Sec-Gen" mendedahkan satu surat yang ditulis
Setiausaha Agung PKR Mohamed Rafizi Ramli kepada Azmin.
Surat tidak bertarikh itu mensyaratkan
PKR berhak memecat Azmin sebagai menteri besar Selangor jika didapati
tidak mengikut arahan parti.
Surat itu ditujukan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda Nik Nazmi Nik Ahmad.
Namun, Raja Petra mendakwa Azmin sehingga sekarang tidak menandatangani surat perjanjian itu.
Surat melalui e-mel yang mengandungi
cadangan Rafizi kepada Anwar itu bertajuk "Isu Selangor: Senario dan
beberapa pertimbangan" bertarikh 19 September.
Pada tarikh itu, Rafizi masih lagi
memegang jawatan pengarah strategi PKR, manakala setiausaha agung PKR
ialah Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Antara kandungan surat itu menyebut "tidak boleh beri ruang untuk hantar nama kedua atau lain-lain".
Surat itu juga meletakkan syarat Azmin
menggunakan kelebihan hubungannya dengan istana supaya Presiden PKR
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau Anwar berpeluang menghadap
Sultan Selangor.
Syarat pertama itu dicadangkan Rafizi sebelum sokongan 30 majoriti dipindahkan kepada Azmin.
"Sebarang janji untuk memindahkan
sokongan majoriti daripada PKR dan DAP itu hanya boleh dibincangkan
sekiranya dia (Azmin) dilantik, bukan sebelum dia dilantik," kata surat
itu.
E-mel itu juga mengemukakan cadangan sekiranya pada ketika itu Azmin dipilih menjadi menteri besar Selangor.
Antaranya, supaya Anwar membuat surat letak jawatan tidak bertarikh agar Azmin selamanya terikat dengan parti dan Dr Wan Azizah.
Rafizi juga dikatakan mencadangkan Anwar
membuat persetujuan dengan Azmin mengenai pejabat menteri besar,
lantikan parti dan kerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam mentadbir
negeri.
"Jika dia melanggar mana-mana persetujuan ini, parti ada hak menukar dan meletakkan tarikh pada surat letak jawatan," katanya.
E-mel itu juga menyebut, parti hanya
akan bermesyuarat untuk memberi sokongan kepada Azmin jika Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu bersetuju dengan syarat
dikemukakan.
Penerima e-mel terbabit, yang beralamat
anwar@dsaioffice.com, pada tarikh sama kemudian membalas cadangan itu
dengan jawapan "Ok".
Rafizi juga sebelum ini pencetus ilham
"Langkah Kajang" membuat percaturan Anwar menjadi menteri besar Selangor
menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menyelesaikan beberapa
konflik, antaranya pergeseran Azmin dengan Khalid.
Namun, Anwar yang menghadapi risiko
hukuman penjara memberi laluan kepada Dr Wan Azizah dengan meletakkannya
sebagai wakil rakyat DUN Kajang.
Cadangan PKR dan DAP ditolak istana walaupun kedua-dua parti berkenaan berkeras mengemukakan satu nama.
Krisis itu reda apabila Khalid berundur
secara rasmi pada 22 September dan Azmin pada keesokannya mengangkat
sumpah sebagai menteri besar baru.-TMI
3 orang berkata:
ha ha ha... PKR is always PKR .. ANWAR & AZIZAH & FAMILY ONLY
Ha ha pkr akan jd arwah,balasan diatas penghinaan terhadap pas aku cukup benci dengan pkr sekarang,hidup pas mampuskan pkrpkr dan kesombongannya
Ada2 sja penyakit dlm pkr nih,biasanya kalau bnyk sangat penyakit tu,alamat nk mati,hidup pas!!! -bukit bidang selising
Post a Comment