Tamrin sah tinggalkan Pas
SHAH ALAM - Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar
Baba, Datuk Tamrin sah meninggalkan Pas yang disertainya sejak 2012
berkuat kuasa hari ini.
Blogger terkenal Shahbudin Husin menerusi posting terbarunya menulis, Tamrin sendiri bertemu beliau pagi tadi dan mahu beliau menjadi saksi pengundurannya sebagai ahli parti itu.
"Katanya, beliau sudah berfikir panjang dan muktamad dengan keputusan ini," tulis Shahbudin.
"Pada mulanya, saya menyangka beliau hanya ingin berbual-bual kosong atau mungkin menjelaskan mengenai apa yang saya tulis sebelum ini tentang khabar angin yang tersebar luas mengenai dirinya akan meninggalkan Pas yang kemudian menjadi perbualan ramai.
"Rupa-rupanya beliau meminta saya menjadi saksi berhubung keputusannya mahu meninggalkan Pas," ujar Shahbudin dalam posting berjudul 'Sah!! Tamrin ucap selamat tinggal pada Pas'.
Selain Shahbudin, seorang lagi rakan Tamrin turut menjadi saksi surat yang ditandatangani oleh Tamrin.
"Surat itu ditandatangani pada jam 9.10 pagi dan kira-kira pukul 10 kemudiannya terus dihantar ke pejabat Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali melalui serahan tangan di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
"Dalam surat dua perenggan bertarikh 15 Oktober 2014 dengan tajuk 'Menarik diri sebagai ahli Pas' itu, Tamrin hanya menulis ringkas mengenai keputusannya itu dengan ayat, "Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa mulai tarikh surat ini saya menarik diri daripada menganggotai parti Pas.
"Adalah diharapkan pihak Datuk dapat mengemaskinikan rekod keahlian saya berikutan keputusan ini. Sekian, terima kasih," antara butiran surat itu.
Surat itu tidak mengandungi sebarang alasan mengapa beliau meninggalkan Pas.
Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat.
Beliau sebelum ini bertindak meninggalkan Umno di samping menyifatkan parti itu sudah terkeluar daripada landasan sebenar dalam membela nasib rakyat.

6 orang berkata:
Elok la tu. Perbuatan terpuji. Tak puas hati.. isytihar keluar parti. Ini tidak.. semasa masih ahli parti pun menggatal dgn parti lain mcm dua ekor tu. Mcm mabuk 'ketum' pastu kuat pula 'mengipas' kononnya nak selamat PR. Ko nak selamat PR ka PKR?! Nak selamat PR ko lingkupkan PAS... ko jadi wira DAP PKR. rumah sendiri ko letak tahi, umah orang ko jilat sampai berkilat! Bangang untk 2 ekor tuuu. Tahniah & Syabas pd Tamrin...
Presideng pung harus muhasabah diri. Kalau dah ramai berbunyi tak gitu suka dgn pendekatan dia, elok la berundur diri. Tn Ibrahim pun dah lebih dari mampu pikul tanggungjawab sbg presideng. Menantu korporat dlm Perangsang tu tegur sikit.. jgn lebih-lebih. Parti bukan hak keluarga! Fahaman kenegerian jgn dibawa ke dlm Parti.. seolah-olah Parti hak negeri! kelemahan presideng yg jelas... lahir PASMAmmmmmmpus dan 2 pengkhianat/barua masih dikekalkan dlm parti!
Anon 9.22. Berapa ramai yang dikatakan tidak suka dengan presiden PAS? Kalau ikut komen komen dalam blog,facebook nampaknya ahli PAS yang tulin tetap mwnyokong TGHH. Hanya puak puak pelesit dalam PAS sahaja yang dok pelekeh presiden nya. Yang sepatut berundor mereka yang tidak boleh terima presiden sebab presiden di pilih oleh ahli PAS.
Kerja pelesit memang macam tu. Menggangu dan membuat onar jika tidak diberi makan telor atau ayam panggang.
Berbalik kepada perihal tamrin.
kini air mata orang PAS sedang membanjiri bumi kerana kesedihan dan meratapi pemergian tamrin dari PAS. Sedih sunggoh,kerana Tamrin sebiji permata yang sangat bernilai. Ketika nakhie keluar PAS dulu, merwka tak sedih seperti sekarang.
Mungkin TMI boleh syorkan PKR atau DAP cepat cepat menyambar permata ini sebelum UMNO menyambarnya semula.
Uhuk uhuk.uhuk
sedihnya orang PAS.
Ni lah masaalah kalau tak biasa pakai kopiah putih sebab dah terlalu lama pakai sonkok tinggi satu kaki. Bila tak biasa, kepala rasa gatal, tambah kalau rambut pun dah putih dek uban.
Keluar parti salah TGHH
Masuk parti salah TGHD
Liwat salah umno
Anak menantu semua tidak boleh bekerja harus mati sahaja
Jika bekerja dengan kerajaan pusat UG
Jika bekerja dengan kerajaan negeri kroni
Jika bekerja dengan GLC UG serta kroni
Jika berniaga Kroni
Maka setiap anak menantu ulamak pimpinan pas hingga ke xucu cicit wajib mati.... Tiada cara lain selain mati
Ingat kroni hanya apabila pimpinan ulamak ada anak menantu bekerja
Ingat UG hanya apabila pimpinan ulamak ada anak menantu bekerja
Jika dap boleh ada white house
Jika dap boleh ada ayah, anak, menantu
Jika pkr boleh ada ayak, mak, anak
Mereka tidak salah kerana mereka adalah maksum
Mereka tidak salah kerana mereka bersembah sujud kepada anwar ibrahim anugerah tuhan
Jika para ulamak mau akan status seperti dap, pkr serta anwaris mereka juga harus tidak lagi sembah sujud kepada Allah S.W.T tetapi sebaliknya bersembah sujud kepada anwar anugerah tuhan
Maka barulah anak menantu cicit pimpinan ulamak boleh hidup malah ulamak juga boleh hidup
Jika tidak anwar anugerah tuhan akan pasti menghapuskan ulamak anak menantu cucu cicit kerana tidak bersembah sujud kepada anwar anugerah tuhan.
9:22 tu umno totok tu...dia keja pecah belah pas ja...dia bkn tahu perjuangan pas...kita kenal tghh lebih 40 thn....dia kenal baru 2 minggu....ha...ha.. ada juga macai upahan.
Post a Comment